Bila sebut pasal masa depan anak-anak, pasti kita semua nak yang terbaik kan? Pendidikan yang sempurna, peluang yang luas dan kehidupan yang stabil. Tapi semua tu perlukan perancangan dari awal dan salah satunya, dari segi kewangan.
Sebab itu lah, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kembali dengan program tahunan mereka yang dinanti-nantikan iaitu Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2025!
Pelancaran BMS 2025 yang berlangsung pada 27 September di Central i-City Mall, Shah Alam telah dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Datuk Dr. Anesee bin Ibrahim.
Dan menariknya, program ni bukan sekadar menggalakkan masyarakat Malaysia menabung, tetapi juga penuh dengan aktiviti untuk seisi keluarga!

Kredit: PTPTN
Tema ‘Pengembaraan’ Yang Lebih Mencabar
BMS 2025 kali ini mengetengahkan tema “Pengembaraan” dan masih mengekalkan tagline yang dekat di hati ramai ibu bapa iaitu “Jom Jadi Superhero Anak Anda.”
Memang betul sangat sebab dalam membesarkan anak-anak, kita semua sedang melalui satu pengembaraan yang penuh cabaran dan penemuan baru.
Simpanan yang kita buat hari ini sebenarnya adalah lambang kasih sayang dan tanggungjawab, demi membantu anak-anak melangkah lebih jauh, lebih berani, dan lebih yakin.
Pelbagai Aktiviti Menarik Untuk Anak-Anak & Ibu Bapa!
Pelbagai aktiviti turut disediakan semasa majlis pelancaran seperti:
-
Pertandingan Mewarna
-
Pertandingan Action Song
-
PTPTN Esport Challenge
-
Baby Merangkak Race
Yang paling best, ada cenderahati eksklusif BMS 2025 untuk mereka yang buat penabungan dalam Simpan SSPN di booth PTPTN!
Kenapa Simpan SSPN? Ini 6 Sebab Ibu Bapa Kena Tahu
-
Pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun
-
Perlindungan takaful untuk pendeposit
-
Geran Sepadan sehingga RM10,000 secara percuma bagi satu keluarga yang layak
-
Kadar dividen kompetitif
-
Patuh Syariah
-
Dijamin kerajaan
RM22.31 Bilion Simpanan & 7.09 Juta Akaun Dibuka

Kredit: PTPTN
Menurut YBhg. Datuk Dr. Anesee bin Ibrahim, setakat 31 Ogos 2025, jumlah deposit Simpan SSPN telah mencecah RM22.31 bilion dengan 7.09 juta akaun dibuka.
PTPTN juga meletakkan sasaran untuk mengumpul RM220 juta deposit sepanjang BMS tahun ini! Ini bukti jelas masyarakat Malaysia semakin sedar tentang pentingnya menabung dari awal demi masa depan pendidikan anak-anak.
PTPTN Mahu Ibu Bapa Jadi ‘Superhero’ Anak Sendiri
BMS 2025 bukan sekadar program biasa. Ia adalah satu inisiatif pemerkasaan penabungan agar ibu bapa tak terlalu bergantung pada pinjaman bila tiba masa anak masuk universiti nanti.
Sebagai agensi di bawah KPT, PTPTN komited untuk membantu ibu bapa menjadi perancang kewangan yang bijak kerana masa depan anak-anak kita bermula dengan langkah kecil yang kita ambil hari ini.
Jadi, ibu bapa semua jangan lepaskan peluang ni! Nak tahu lokasi-lokasi menarik dan aktiviti sepanjang BMS 2025?
Layari laman rasmi PTPTN di www.ptptn.gov.my/BMS2025
Masa depan anak kita, tanggungjawab kita. Mulakan penabungan hari ini dan jadilah superhero sebenar dalam pengembaraan hidup mereka!
