Euforia Bola 2026
Kerjaya

Vivy Yusof Kembali Aktif Menulis Blog, Perlu Langgan USD5 Sebulan Kalau Peminat Nak Baca

BLOG VIVY YUSOF

20 tahun lalu blog Vivy Yusof yang dikenali sebagai Proudduck merupakan platform untuk beliau berkongsi kisah perjalanan hidupnya.

Terbaharu, pada April lalu, Vivy ada membuka satu akaun Instagram baru yang boleh diikuti oleh pengikutnya dan kembali aktif menulis blog yang diberi nama Sincerely, Vivy.

Baca juga: Menyesal Seumur Hidup Bila Tak Buat 5 Momen Macam Ini Dengan Anak, Tak Dapat Putar Masa Dah!

BLOG VIVY YUSOF KEMBALI AKTIF, LANGGANAN USD5 SEBULAN DIKENAKAN

BLOG VIVY YUSOF

Namun, sedikit berbeza kerana beliau memilih pendekatan eksklusif dengan mengenakan bayaran langganan sebanyak USD5 sebulan bagi pembaca yang ingin mengakses kandungan blog tersebut.

Vivy memulakan perjalanan dalam dunia penulisan melalui blog Proudduck semasa menuntut di London School of Economics. Blog tersebut menjadi platform untuk beliau berkongsi pengalaman, pandangan, dan perjalanan hidupnya.

“Terima kasih sudi mengikuti bab baharu dalam hidup saya ini, ke mana sahaja ia akan membawa saya. Saya juga telah membuat keputusan untuk menjadikan Sincerely, Vivy sebagai langganan berbayar.

“Sebagai pelanggan, anda akan menerima akses penuh untuk penulisan saya, perkongsian mingguan setiap hari Selasa, Kod diskaun istimewa daripada jenama-jenama yang saya suka dan yang paling penting, tempat di barisan hadapan dalam perjalanan hidup saya—terus dari hati saya ke peti masuk e-mel anda,” jelasnya.

Bayaran langganan yang ditetapkan adalah sebanyak USD5 (RM20.99) sebulan atau USD55 (RM230.92) setahun. Pembaca akan mendapat akses eksklusif kepada kandungan-kandungan istimewa yang dikongsi oleh Vivy.

Dengan melanggan, individu akan mendapat akses lebih dekat kepada penulisan Vivy yang dimuat naik setiap hari Selasa, menerima kod diskaun eksklusif untuk jenama miliknya, serta menjadi antara yang terawal membaca perkongsian terbaru usahawan tersebut.

Baca juga: Nak Jadi Ayah Kebanggaan Anak, Kena Jadi Yang No.1 Ini, Jangan Sekadar Ada Tapi Tak Wujud!

Sumber: Sincerely Vivy

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×