Euforia Bola 2026
Dapur

Step-By-Step Buat Biskut Jejari Coklat Guna Roti, Hanya 3 Bahan Dah Jadi Kudapan Raya!

biskut jejari

Jika anda mencari snek mudah dan sesuai untuk disajikan untuk Hari Raya Aidilifitri yang bakal menjelang, biskut jejari coklat nestum pastinya pilihan tepat.

Menariknya, resepi ini hanya menggunakan tiga bahan sahaja dan proses pembuatannya juga begitu mudah, malah tidak memerlukan teknik yang rumit atau peralatan khas.

Baca juga: Mantap! AEON Taman Universiti Dipuji Sedia Sudut Khas Resipi Khairul Aming, Mudahkan Pelanggan Cari Bahan

CARA BUAT BISKUT JEJARI COKLAT NESTUM, HANYA GUNA 3 BAHAN SAHAJA

biskut jejari

Bahan-bahan biskut jejari nestum:

  • Roti putih (sebarang jenama, contohnya Gardenia)
  • Coklat masakan untuk dicairkan
  • Nestum

Cara penyediaan biskut jejari:

1. Mulakan dengan memotong roti memanjang menyerupai bentuk jari. Anda boleh pilih roti Gardenia atau jenama lain yang mudah didapati. Potongan yang sama saiz akan memastikan biskut masak sekata dan cantik apabila dihidangkan.

2. Susun potongan roti di atas dulang pembakar dan bakar pada suhu 170°C selama 20 minit. Setiap oven mempunyai tahap kepanasan berbeza, jadi perhatikan roti sehingga keemasan dan garing.

3. Sementara menunggu roti bakar, cairkan coklat menggunakan kaedah double boiler atau kaedah microwave. Pastikan coklat cair tetapi tidak terlalu panas agar mudah dicelup.

4, Setelah itu, celupkan roti ke dalam coklat cair. Pastikan coklat menutupi sekurang-kurangnya separuh panjang roti.

5. Selepas dicelup coklat, segera celupkan roti ke dalam nestum. Nestum rangup akan melekat pada coklat yang masih basah.

6. Biarkan coklat sedikit mengeras sebelum dihidang, supaya nestum tidak mudah tanggal.

Resipi biskut jejari coklat nestum ini bukan sahaja mudah, cepat dan sedap, tetapi juga menyeronokkan untuk dibuat bersama keluarga. Selamat mencuba!

@shazlianashaari

paling simple guna 3 bahan je 😋 #biskutjejaricoklat #biskutraya2024 #fypシ

♬ Alamak Raya Lagi DEFAM – De Fam

Baca juga: “Kepada Khairul Aming, Anak Saya Buat Jadi” – Aksi Budak Lelaki Hasilkan Puding Karamel Bikin Ramai ‘Akak’ Tercabar!

Sumber: TikTok Shazlianashaari

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×