Bagi peminat cookies comel yang rangup seperti biskut Choc Chip atau Red Velvet, pastinya resipi di bawah ini memberi kelebihan besar kepada anda. Hal ini kerana, hanya dengan satu bahan anda boleh menghasilkan dua jenis biskut yang mempunyai perisa berbeza!
Nak tahu senarai bahan dan cara penyediaan biskut-biskut comel ini, ikuti perkongsian resipi oleh Nurul Fariha.
Baca juga: Resipi Ayam Masak Kicap Madu, Kuah Pekat Macam Ini Buat Makan Bertambah Pinggan!
RESIPI BISKUT CHOC CHIP 2 IN 1

Gambar Nurul Fariha: Choc Chip Cookies
Semalam sempat buatkan kudap-kudap untuk anak-anak iaitu Choc Chip Cookies. Resipi asal saya ambil di TikTok @dapurketuhar_mass .
Saya nak bagitahu untuk resipi ini boleh buat juga Red Velvet Cookies tau. Serius sedap! Hanya tambah red velvet emulco, white chip dan serbuk coklat.

Gambar Nurul Fariha: Red Velvet Cookies
Doh biskut ini saya siapkan petang, simpan 3 jam dalam peti dan baru bakar. Saya guna sudu metrik yang 1/2 tbs, sedang elok saiznya bila dah masak.
Kalau ikut resipi guna pure butter, tapi saya guna marjerin pelangi sahaja tapi sedap rasa cookies dan rangup! Anak-anak suka sangat, baru sahaja bakar semalam dah habis separuh cookies.
Baca juga: Resipi 6 Jenis Air Sunquick Sedap Tak Terkata, Sampaikan Tetamu Yang Datang Tak Nak Balik Rumah!
Bahan-bahan dan cara penyediaan:
- 310g tepung gandum
- 60g tepung jagung
- 1 sk baking powder
- 1 sk baking soda
- 250g unsalted butter (ganti guna marjerin pelangi)
- 1 biji telur (gred A)
- 200g brown sugar (letak 150g je)
- 1sk esen vanila
- 1/2k garam (kalau guna merjerin tak payah letak)
- 4sb minyak mazola (guna minyak masak je)
- 350g choc chip (terpulang nak letak sikit atau banyak)
- **1 sb serbuk coklat
- ** 1 sb red velvet emulco
- ** 100g white choc chip
** untuk resepi red velvet cookies sahaja.
Baca juga: 30 Biskut Raya Wajib Ada Masa Raya, Boleh Rambang Mata Semuanya ‘Favourite’!

Gambar Nurul Fariha: Choc Chip Cookies
- Kalau nak letak white choc chip sahaja, boleh letak dalam 350g white choc chip atau bergantung pada anda nak letak banyak mana choc chip dan white choc chip itu (nak letak salah satu pun boleh).
- Satukan butter atau marjerin, brown sugar, esen vanila, kacau sebati guna whisk.
- Masukkan telur dan kacau sebati.
- Masukkan tepung+baking soda+baking powder.
- Bila tepung dah letak hampir separuh, masukkan baki tepung selang-seli dengan minyak dalam adunan sampai habis.
- Masukkan chop chip dan adun sebati.
- Siap adunan cookies, simpan dalam peti okg minimum sejam baru boleh bakar.
- Bakar suhu 160, 10-15 min, bergantung pada ketuhar anda.
Baca juga: Tips Biskut Raya CALLEBAUT ALMOND Rangup Sampai Ke Dalam, Suhu Kena Rendah Dan…
Sumber: Nurul Fariha
FT Image: Nurul Fariha
