Gangguan dalam rumah sering dikaitkan dengan pelbagai faktor, namun seorang ustaz menerusi satu podcast berkongsi beberapa perkara yang menurut pengalamannya tidak wajar dibiarkan berlaku dalam kediaman.
Menurutnya, aspek pengurusan rumah, kebersihan serta keadaan ruang kediaman juga antara perkara yang perlu diberi perhatian oleh penghuni.
GANGGUAN DALAM RUMAH BERLAKU KERANA BILIK

Kredit: Magnific
Antara yang disentuh ialah kebiasaan membiarkan bilik tidak digunakan dalam keadaan kosong, gelap dan sentiasa berkunci.
“Kita jangan biar dalam rumah kita tu satu bilik, bilik tu tak digunakan. Kosong, bergelap, berkunci,” katanya.
Selain itu, dia turut menyentuh mengenai tabiat menyimpan duit syiling dalam tempoh terlalu lama tanpa disentuh.
Menurutnya, jika terdapat tabung syiling di rumah, ia sebaiknya diperiksa atau digoncang sekali-sekala dan tidak dibiarkan terlalu lama dalam keadaan statik.
Dalam perkongsian sama, dia turut menyebut tentang kewujudan objek tertentu di dalam rumah yang terlalu besar, berwarna hitam serta menjadi tumpuan utama penghuni sehingga seolah-olah diagungkan.
Walaupun tidak menghuraikan secara terperinci mengenai perkara tersebut, dia menjelaskan ia antara situasi yang pernah ditemui berdasarkan pengalaman ketika menjalankan rawatan di rumah individu tertentu.
Di samping itu, dia turut mengingatkan orang ramai supaya tidak mengambil mudah soal kebersihan rumah termasuk membiarkan pinggan mangkuk kotor tidak dibasuh semalaman.
“Pinggan mangkuk yang kita tak makan semalam itu kita tak sempat nak basuh, kita biarkan,” katanya.

Tambahnya pakaian yang dijemur atau diletakkan di luar rumah tidak dibiarkan terlalu lama. Menurutnya, pakaian yang telah kering sewajarnya dibawa masuk ke dalam rumah dan tidak dibiarkan berhari-hari di luar tanpa keperluan.
Dalam perkongsian tersebut, dia turut mengingatkan bahawa barangan peribadi seperti pakaian atau kasut juga perlu dijaga dengan baik kerana menurut kepercayaan sesetengah pihak, barangan tersebut boleh disalahgunakan oleh individu berniat tidak baik.
Perkongsian itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, dengan ada yang melihatnya sebagai peringatan untuk lebih menjaga kebersihan, pengurusan ruang dan keselamatan barangan peribadi di rumah.
Pada masa sama, ramai berpendapat setiap individu boleh mengambil perkara yang dirasakan bermanfaat daripada perkongsian tersebut, khususnya dalam usaha memastikan rumah sentiasa berada dalam keadaan kemas, selesa dan terurus.
@aididitmyway Kena ambil tahu persekitaran rumah #AIDIDITMYWAY #Podcast #UstazNorman
Baca juga: ‘Checklist’ Amalan Sepanjang 10 Hari Terawal Bulan Zulhijah, Jangan Ada Yang Tertinggal…Rugi!
Sumber: TikTok Aiditditmyway
