Ramai sebenarnya masih keliru tentang cara membersihkan wajah dengan betul, terutama apabila melibatkan produk kosmetik yang dipakai setiap hari.
Ada yang beranggapan cukup sekadar bilas dengan air, malah ada juga yang percaya foundation tertentu tidak perlu dicuci dengan cleanser.
Baca juga: Jauh Sebatu Dah Bau Tengik Bawang, Rupanya Kain Baju Polyester Yang Dipakai Punca..Bukan Badan!
PERINCIAN MENGENAI PRODUK KOSMETIK DAN SKINCARE

Gambar hiasan: Gemini AI
Perkongsian oleh Profesor Dr. Siti Hamidah di Facebook tampil menjelaskan perbezaan asas antara skincare dan kosmetik dengan penerangan yang mudah difahami, termasuk dari sudut formulasi produk.
Beza skincare dan kosmetik
Menurut beliau, semua orang perlu tahu perbezaan antara “skin care” dan “kosmetik”, termasuk lelaki supaya boleh berkongsi maklumat yang betul dengan pasangan masing-masing.
Skin care ialah produk penjagaan kulit tanpa warna seperti:
- Cleanser
- Toner
- Serum
- Krim muka
- Krim mata
Dari sudut teknikal, ia bersifat oil-in-water.
Manakala kosmetik pula lazimnya mempunyai warna dan digunakan untuk tujuan mekap seperti:
- Foundation
- Bedak
- Cushion
- Lipstik
- Blusher
- Celak
Kosmetik pula bersifat water-in-oil, iaitu formulasi yang tidak mudah ditanggalkan hanya dengan air.
Beliau turut menjelaskan bahawa sunscreen juga termasuk dalam kategori kosmetik walaupun tidak berwarna. Ini kerana sunscreen merupakan antara produk paling kompleks dan kebanyakannya tidak larut dalam air.

Gambar hiasan Gemini AI: Produk kosmetik (kiri) dan produk skincare (kanan).
Kenapa kosmetik perlu cleanser?
Menurut penjelasan Profesor Dr. Siti Hamidah, semua produk water-in-oil iaitu kosmetik mesti dicuci menggunakan cleanser atau makeup remover.
Dalam proses pembuatan foundation, bedak, cushion dan lipstik, terdapat bahan pewarna (colorant) yang sangat likat dan melekat, seumpama cat minyak. Disebabkan sifatnya yang pekat dan tidak larut air, ia sukar dibersihkan hanya dengan bilasan biasa.
Berbeza dengan produk oil-in-water seperti serum atau krim muka, yang secara asasnya boleh dibersihkan dengan air yang banyak tanpa perlu cleanser tambahan.
Sebagai contoh, jika seseorang hanya memakai serum sebelum tidur dan bangun untuk solat malam, memadai membasuh wajah dengan air sebelum mengambil wuduk.
Baca juga: 10 Manfaat Air Mawar Bikin Wajah Cantik Lain Macam, Patutlah Orang Timur Tengah Kulitnya A+!
Beliau turut berseloroh mengenai dakwaan sesetengah pihak bahawa foundation tidak perlu dicuci dengan cleanser, namun mengingatkan orang ramai agar berhati-hati kerana perkara ini boleh melibatkan soal ibadah.
Profesor Dr. Siti Hamidah merupakan pemegang PhD dalam Kejuruteraan Kimia (berkaitan nano emulsion) dari Loughborough University pada tahun 2008.
Penjelasan ini diharap dapat membantu orang ramai memahami perbezaan asas antara skincare dan kosmetik, sekali gus memastikan rutin pembersihan wajah dilakukan dengan betul dan sempurna.
Sumber: Siti Hamidah
FT Image: Gemini AI
