Euforia Bola 2026
Dapur

Nampak Sama Tapi Tak Serupa, Beza Matcha & Green Tea Yang Buat Ramai Terkejut!

beza matcha dan green tea

Ramai yang masih tertanya-tanya tentang beza matcha dan green tea, dua jenis teh hijau popular yang sering disalah anggap serupa. Walaupun kedua-duanya berasal daripada pokok yang sama, Camellia Sinensis. Namun dari segi rasa, kandungan nutrisi dan kaedah penyediaan, perbezaannya adalah ketara.

Untuk peminat minuman sihat, mengetahui beza antara green tea dan matcha boleh bantu anda buat pilihan lebih tepat, sama ada untuk detox harian, tingkatkan tenaga semula jadi atau sokong kesihatan dalaman seperti dikongsikan The Rakyat Post.

Baca juga: Resipi Bunga Nanas Kering Homemade, Lebih Stail Bila Dihias Atas Kek & ‘Dessert’!

BEZA MATCHA DAN GREEN TEA

beza matcha dan green tea

Gambar AI

Ramai masih keliru antara green tea dan matcha. Walaupun dari pokok yang sama iaitu Camelia Sinensis, cara proses dan khasiat dua-duanya sangat berbeza.

Matcha ialah serbuk daun penuh yang dilarutkan terus dalam air. Lebih pekat, lebih tinggi nutrien. Green tea pula hanya daun kering yang direndam, rasa lebih ringan dan sesuai untuk detox harian.

Kalau nak fokus dan tenaga macam kopi, matcha pilihan yang lebih power. Tapi kalau nak minuman ringan yang sihat, green tea pun dah cukup.

Paling penting, jangan tertukar dengan teh hijau susu manis yang biasa dijual di kedai makan. Itu versi lain.

Baca juga: Cara Buat Serbuk ‘MSG’ Semula Jadi Dari Pokok Chaya, Juga Digelar Pokok Ajinomoto!

beza matcha dan green tea

Gambar AI

Info Green Tea

  1. Daun kering yang direndam dalam air panas
  2. Warna kuning kehijauan, rasa ringan dan kelat sikit
  3. Mudah disediakan dan harganya lebih murah.
  4. Sumber antioksidan yang bantu jaga jantung dan kulit.
  5. Ia sudah lama digunakan di dalam perubatan tradisional.

Info Matcha

  1. Serbuk halus daun yang dilarutkan sepenuhnya dalam air yang kemudiannya diminum bersama serbuk.
  2. Warna hijau terang, rasa lebih pekat, earthy dan pahit manis.
  3. Kandungan nutrien pun lebih kuat dalam matcha.
  4. Cara proses rumit tapi eksklusif dan harganya lebih mahal.
  5. Lagi tinggi antioksidan dan L-theanine.
  6. Baik untuk fokus, tenaga dan kurangkan stres.

Baca juga: Resipi Pavlova Mudah Yang Rangup Di Luar & Gebu Di Dalam, Bau Telur Pun Tak Ada!

Sumber: Zikry & Siti Murni (The Rakyat Post)

FT Image: AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×