Euforia Bola 2026
Deko & Hias

Atok Dedah Cara Bezakan Benih Jantan & Betina, Rupanya Inilah Rahsia Pokok Betik Berbuah Lebat!

pokok betik

Ramai yang mengadu pokok betik di rumah hanya berbunga tetapi tidak berbuah, meskipun sudah dijaga dengan baik. Menurut perkongsian di laman Facebook Pesan Atok, masalah ini sebenarnya berpunca daripada kesilapan paling asas, iaitu pemilihan benih ketika menyemai biji betik.

Melalui perkongsian itu, Atok menjelaskan bahawa ramai tidak menyedari biji betik mempunyai dua jenis iaitu jantan dan betina.

Baca juga: 9 Langkah Tanam Bawang Putih Dalam Pasu, Hasilnya Dapat Bawang Cantik & Segar Gebu!

pokok betik

Gambar: Pesan Atok

Di mana, katanya hanya benih betina yang akan menghasilkan buah. Benih jantan pula biasanya hanya mengeluarkan bunga tanpa menghasilkan hasil yang diharapkan.

Menurutnya lagi, cara untuk mengenal pasti jantina benih betik sebenarnya sangat mudah. “Perhatikan warna biji betik. Yang berwarna hitam ialah benih betina, manakala yang kelabu pula ialah benih jantan,” katanya.

Tambahnya lagi, benih betina biasanya tidak sebanyak benih jantan, jadi penting untuk memilihnya dengan teliti ketika menyemai.

Atok turut berkongsi bahawa beliau sudah mencuba menanam pokok betik menggunakan kaedah ini beberapa kali dan hasilnya sangat memuaskan. Pokok yang tumbuh daripada biji hitam bukan sahaja subur, malah berbuah lebat selepas tempoh matang.

Baca juga: Pokok Cili Kurang Berbuah? Cuba Teknik ‘Pulih Segar’ Ini, Jangan Terkejut Hasilnya Merimbun!

Dia juga menasihati agar penanam memastikan biji betik yang dipilih benar-benar matang sebelum dikeringkan dan disemai. Selain itu, tanah perlu digembur dengan baik serta dijaga kelembapannya agar benih dapat bercambah dengan sihat.

Petua mudah ini ternyata berguna bagi mereka yang gemar bercucuk tanam di rumah, terutamanya bagi penggemar buah betik yang manis dan kaya khasiat.

Dengan sedikit perhatian terhadap warna biji, masalah pokok berbunga tanpa buah dapat dielakkan, sekaligus menjadikan usaha menanam lebih berhasil dan berbaloi.

Baca juga: Seakan Cacing Rupanya ULAR BUTA! Jangan Bunuh Ya, Ini ‘Askar Senyap’ Pelindung Tanaman

Sumber: Pesan Atok

FT Image: Pesan Atok / royalseedlings

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×