Tutup WiFi jimat elektrik mungkin antara ‘tip’ paling ramai buat di rumah, terutama bila keluar bekerja atau sebelum tidur malam. Ada yang siap cabut plug router sebab percaya cara ini boleh kurangkan bil elektrik dengan ketara.
Tapi persoalannya, betul ke tindakan tutup WiFi sepanjang hari benar-benar beri kesan besar pada penggunaan elektrik rumah? Jawapannya adalah ya, tetapi penjimatan itu sebenarnya agak kecil.
Baca juga: Macam Ada Beauty Consultant Sendiri! Ini Prompt ChatGPT Viral Boleh Cuba, Tak Perlu Bayar RM5k!
TUTUP WIFI JIMAT ELEKTRIK…BETUL KE?

Gambar hiasan: Gemini AI
Berapa banyak elektrik router WiFi guna?
Menurut beberapa rujukan tenaga dan penggunaan elektrik, kebanyakan router WiFi guna elektrik sekitar 5 hingga 20 watt sahaja, bergantung pada model dan fungsi peranti. Secara purata, kebanyakan router moden menggunakan kira-kira 10 watt tenaga.
Untuk mudah faham, penggunaan tenaga router sebenarnya jauh lebih rendah berbanding penghawa dingin, peti sejuk, mesin basuh atau pemanas air.
Malah, jika digunakan 24 jam sehari pun, kos elektrik router biasanya hanya melibatkan jumlah kecil setiap bulan.
Jadi, perlu ke tutup WiFi setiap hari?
Kalau anda keluar rumah berjam-jam atau bercuti beberapa hari, menutup WiFi mungkin boleh membantu sedikit penjimatan.
Namun jika matlamatnya untuk cara kurangkan bil elektrik secara ketara, pakar berpandangan impaknya tidak begitu besar kerana router sememangnya peranti kuasa rendah.
Selain itu, sesetengah rumah kini menggunakan kamera keselamatan, TV pintar atau peranti rumah pintar yang memerlukan sambungan internet sepanjang masa.

Gambar hiasan: Gemini AI
3 SITUASI BILA TUTUP WIFI MUNGKIN BERBALOI
1. Bila balik kampung atau bercuti lama
- Jika rumah kosong beberapa hari, lebih baik tutup sahaja untuk jimat tenaga dan keselamatan
2. Tiada peranti pintar di rumah
- Kalau tiada kamera CCTV, smart plug atau peranti automasi, menutup router lebih praktikal
3. Mahu kurangkan penggunaan tidak perlu
- Walaupun kecil, sedikit penjimatan tetap lebih baik daripada tiada
Kesimpulannya, menutup WiFi memang boleh menjimatkan elektrik, tetapi jangan terlalu berharap bil rumah turun mendadak.
Jika benar-benar mahu jimat elektrik di rumah, fokus utama sepatutnya pada penggunaan penghawa dingin, pemanas air dan peralatan berkuasa tinggi lain.
Baca juga: Airbus Kongsi Foto Malaysia Dari Angkasa Lepas, Netizen Terpukau Siap ‘Detective Mode’ Teka Lokasi!
Sumber: EnergySage / Effiworkx
FT Image: Gemini AI
