Berus cat roller boleh mengeras selepas digunakan dan dibiarkan semalaman. Bila dah mengeras memang susah pula nak mengecat. Nak pula kerja mengecat bukan makan sehari tapi berhari-hari.
Disebabkan itu, terdapat satu petua yang berguna dan dapat memberi manfaat kepada anda sesudah sahaja menggunakan berus cat roller agar teksturnya tidak berubah menjadi keras. Jom cuba buat petua di bawah!
Baca juga: Tips Keringkan Pakaian Guna ‘Dryer’ Dobi Layan Diri, Rupanya KENA Buat Macam Ini
BERUS CAT ROLLER JADI KERAS LEPAS GUNA

Gambar: Atama Aaeman
Petua mengelak penggelek (roller) atau berus cat mengeras selepas diguna dan dibiarkan semalaman.
Roller ini saya dah guna 2 hari untuk mengecat projek semasa kuarantin PKPD. Hari ini nak guna lagi, sambung mengecat. Boleh digunakan terus tanpa perlu dicuci selepas diguna.
Baca juga: Cara Bersihkan Minyak Tumpah Pada 5 Jenis Permukaan, Kaedah Ini Pakar ‘Approve’!
Baca juga: JANGAN Pilih 3 Warna Ini Dalam Bilik Tidur, Jika Tidak Tidur Tak Selesa Bangun Pagi Jadi ‘Zombie’!
Caranya mudah saja:
- Balut roller dengan beg plastik seperti dalam gambar.
- Saiz plastik ikut saiz roller, pastikan plastik di pulas pada roller sehingga kebanyakan udara di dalamnya keluar dan lekat ketat pada roller.
- Kalau nak yakin lagi, lekat dengan pita pelekat atau gunakan gelang getah untuk elak balutan terbuka.
- Roller yang sudah dibalut boleh dibiar begitu sahaja tanpa perlu dicuci selepas guna jika ada niat nak sambung pakai keesokan harinya.
- Makin banyak sisa cat pada roller makin bagus, cat tidak akan kering jika dibalut dengan betul.
Projek: DIY tambah kabinet di “coffee bar” ruan dapur rumah.
Baca juga: Trik Elak Pakaian Dijemur Kena Hujan Atau Melekat Asap, Idea Bernas Ini Tak Ada Bau Hapak Pun!
Sumber: Atama Aaeman
FT Image: Atama Aaeman / Adobe stock
