Euforia Bola 2026
Famili

Bersediakah Anak Untuk Bersekolah? Ini Yang Ramai Ibu Ayah Terlepas Pandang

Apabila bercerita tentang “persediaan anak-anak untuk bersekolah”, ramai ibu bapa yang fokus kepada uniform, beg sekolah dan alat tulis.

Hakikatnya, persediaan sebenar anak untuk melangkah ke alam persekolahan bermula jauh lebih awal. Malah menurut laporan World Bank (2024), kira-kira 24% kanak-kanak di Malaysia masih belum mencapai tahap kesediaan untuk mula bersekolah.

Ini bermaksud, masih ramai anak yang mungkin bergelut untuk menyesuaikan diri apabila memasuk Tahun 1. Persoalannya di sini, mengapa situasi tersebut terjadi? Apa yang kita terlepas pandang, sebenarnya?

1. Persediaan anak bukan sekadar akademik

Kredit: BabyTalk Baby & Kids, Pregnancy & Parenting Malaysia

Ramai sangka anak perlu tahu membaca, menulis atau mengira sebelum masuk sekolah.

Tapi sebenarnya, “bersedia ke sekolah” juga melibatkan:

  • Keyakinan diri
  • Kemahiran sosial (berkawan, berkongsi)
  • Keupayaan fokus dan mendengar arahan
  • Perkembangan kognitif dan emosi

Semua ini dapat dibentuk melalui rutin harian anak-anak termasuk cara bermain, belajar, dan berinteraksi sejak kecil.

2. Beri sokongan yang menyeluruh

Kredit: Pa&Ma

Sebagai ibu bapa, kita mahukan yang terbaik untuk mereka . Selain fokus kepada pendedahan awal kepada pembelajaran, ada beberapa perkara kecil yang sebenarnya memberi impak besar terhadap perkembangan anak-anak.

Antara yang penting:

  • Persekitaran yang menyokong perkembangan emosi
  • Pemakanan seimbang untuk bantu perkembangan minda dan fizikal

Di sinilah peranan nutrisi menjadi salah satu asas penting dalam menyokong tumbesaran anak-anak.

3. Bekalkan nutrisi agar ‘minda cergas’ sejak awal

Kredit:Motherhood

Selain memberikan makanan yang seimbang, pengambilan makanan tambahan untuk membekalkan nutrisi pada tubuh juga memainkan peranan.

Tindakan ini dapat menyokong tumbesaran tubuh anak-anak agar dapat membesar dengan sihat dan cergas.

Please provide key visual

Pengambilan Susu Tepung Rumusan untuk Kanak-Kanak Dutch Lady 123 / 456 / 6+ dan MaxGro adalah antara pilihan yang baik di pasaran.

Ia diformulasikan untuk membantu menyokong perkembangan anak-anak yang sedang membesar.

Antara manfaat utama:

  • 5X DHA* yang penting untuk perkembangan otak
  • Vitamin C & D serta Zat Besi yang menyokong pertahanan badan

*Berbanding formulasi susu tepung kanak-kanak sebelum ini (tahun 2009)

Gabungan nutrien ini membantu menyokong ‘Minda Cergas’, sekaligus menyokong usaha ibubapa dalam menyediakan asas yang baik untuk anak sebelum mereka melangkah ke alam persekolahan.

Dutch Lady sedia dana pendidikan RM 1,000,000

Selain membantu membekalkan nutrien penting untuk tumbesaran anak-anak, Dutch Lady juga menyediakan dana pendidikan bernilai RM1,000,000 melalui inisiatif MyTabung Minda Cergas.

Inisiatif ini diwujudkan bagi memastikan lebih ramai kanak-kanak mendapat pendidikan awal prasekolah. Bukan apa, pengalaman pada peringkat awal ini sangat penting untuk membantu anak membina keyakinan dan kemahiran asas sebelum masuk sekolah rendah.

Jadi, tidaklah mereka terkapai-kapai bila masuk tahun 1 nanti.

Kalau anda nak tahu, dana pendidikan ini bakal memberi manfaat kepada 200 keluarga, dengan setiap penerima menerima RM5,000 untuk pendidikan prasekolah anak.

Cara nak sertai inisiatif MyTabung Minda Cergas juga sangat mudah:-

Tempoh sah kempen adalah dari 1 April hingga 30 Mei 2026.

Permulaan kecil, impak besar

Ingat tau ibu ayah, persediaan anak ke sekolah bukanlah sesuatu yang berlaku dalam sekelip mata.

Ia adalah hasil daripada usaha kecil yang konsisten bermula daripada rutin harian di rumah, sokongan ibubapa, pemakanan yang baik, hinggalah kepada peluang pendidikan awal yang betul.

Kerana setiap anak berhak untuk melangkah ke sekolah dengan lebih yakin, bersedia, dan penuh potensi untuk masa depan mereka.

Dapatkan maklumat berkaitan kempen MyTabung Minda Cergas di SINI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×