Setiap hari, ada insan yang sentiasa bersedia berkorban masa, tenaga dan keselamatan diri demi memastikan rakyat hidup dalam keadaan aman dan selesa.
Daripada anggota bomba yang berdepan situasi kecemasan, anggota polis yang menjaga ketenteraman awam hinggalah pasukan pertahanan dan sukarelawan yang sentiasa bersedia ketika diperlukan, jasa mereka sememangnya tidak ternilai.
Sebagai tanda penghargaan terhadap pengorbanan ini, Harian Metro dan Kimball berganding bahu menerusi Program Berkat Perwira, sebuah inisiatif yang bertujuan meraikan serta berkongsi rezeki bersama wira barisan hadapan negara.
500 pek makanan disediakan melalui aktiviti gotong-royong

Program yang berlangsung di Putrajaya ini menyaksikan sukarelawan Harian Metro bersama pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bergotong-royong menyediakan hidangan untuk petugas barisan hadapan.
Sebanyak 500 pek makanan berjaya disediakan menggunakan produk pasta dan sos pasta Kimball sebelum diagihkan kepada anggota keselamatan daripada pelbagai agensi.
Antara menu yang disediakan termasuk:
- Spaghetti Udang Keju-nara Kimball
- Gulai Ikan Minang Tomato Cendawan Kimball
- Karbonara Ayam Popcorn
- Acar Ayam Dengan Bawang
- Telur Balado
Menariknya, kesemua hidangan ini berjaya disiapkan dalam tempoh sekitar empat jam setengah sahaja hasil kerjasama para sukarelawan.
Kimball turut sumbang 150 kotak rezeki buat wira negara

Selain menyediakan hidangan panas untuk petugas barisan hadapan, Kimball turut menyumbangkan 150 Kotak Rezeki yang mengandungi barangan keperluan harian serta produk pasta dan sos pasta Kimball.
Sumbangan ini diharap dapat membantu meringankan sedikit beban perbelanjaan anggota keselamatan dan pertahanan negara yang sentiasa menjalankan amanah demi rakyat.

Majlis penyerahan sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Dato’ Sri Ts. Nor Hisham Mohammad bersama Ketua Pemasaran Kanan Serantau The Arnott’s Group, Vanessa Lim dan Pengarang Kumpulan Harian Metro merangkap Pengerusi Projek Titipan Kasih Harian Metro, Husain Jahit.
Turut hadir memeriahkan program ialah Pengarah Bahagian Pengurusan Korporat JBPM, Penolong Pesuruhjaya Bomba Dr. Azmi Sadon; Pengarah JBPM Wilayah Persekutuan Putrajaya, Penguasa Kanan Bomba Satu Aswadi Haji Ismail; serta Pengarang Berita Kanan merangkap Pengarah Projek Titipan Kasih Harian Metro, Noor Azam Ab Aziz.
Antara penerima manfaat program ini ialah anggota daripada:
- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)
- Polis Diraja Malaysia (PDRM)
- Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)
- Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA)
- Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
Program Titipan Kasih Harian Metro sudah bermula sejak 2007
Program Berkat Perwira merupakan sebahagian daripada Projek Titipan Kasih Harian Metro (TKHM), sebuah inisiatif tanggungjawab sosial korporat yang telah diperkenalkan sejak tahun 2007.
Melalui program ini, pelbagai bantuan disalurkan kepada golongan yang memerlukan termasuk keluarga kurang berkemampuan, anak yatim, warga emas, golongan OKU serta mangsa bencana.
Kerjasama bersama Kimball kali ini pula menjadi satu usaha untuk menghargai golongan yang sering berada di hadapan ketika negara memerlukan bantuan mereka.
Kimball buktikan hidangan yang sedap tak semestinya rumit
Sebagai jenama yang sudah lama menjadi sebahagian daripada dapur rakyat Malaysia, Kimball sentiasa komited membantu pengguna menyediakan hidangan yang lebih Senang, Sedap dan Berbaloi untuk keluarga.
Melalui rangkaian sos pasta dan pasta Kimball, penyediaan makanan menjadi lebih praktikal kerana tidak memerlukan terlalu banyak bahan tambahan atau proses memasak yang rumit.
![]()

Dari segi hidangan pula, satu pek pasta kering Kimball mampu dinikmati oleh sekitar empat hingga lima orang, manakala satu tin sos pasta sesuai untuk dua hingga tiga hidangan.
Lebih penting, rasa sos pasta yang kaya dan seimbang membantu menaikkan lagi kelazatan masakan tanpa memerlukan banyak perasa tambahan.
Inilah yang menjadikan Kimball pilihan ramai pengguna yang mahukan hidangan yang Senang, Sedap dan Berbaloi untuk dinikmati bersama keluarga dan komuniti.
Ketahui lebih lanjut tentang Kimball
Usaha seperti Program Berkat Perwira membuktikan bahawa makanan bukan sekadar keperluan harian, malah mampu menjadi medium untuk menyatukan masyarakat dan menyebarkan kebaikan.
Untuk mendapatkan inspirasi resipi menarik serta mengetahui lebih lanjut mengenai rangkaian produk Kimball, boleh layari platform rasmi Kimball atau Instagram Kimball dan mula hasilkan hidangan yang Senang, Sedap & Berbaloi untuk keluarga tersayang.
