Pernah tak anda mengalami pengsan secara tiba-tiba apabila berdiri lama? Menurut Doktor Erna Nadia, terdapat pelbagai punca kesihatan yang membuatkan insiden ini terjadi.
Mari baca perkongsian beliau di bawah.
Baca juga: Bukan Je Sedap Tapi Ini ‘Power’ Kacang Botor Untuk Otak Yang Ramai Tak Tahu
SEBAB KENAPA BERDIRI LAMA & BOLEH TIBA-TIBA PENGSAN

Gambar hiasan – ClevelandClinicHealthEssentials
Pengsan sebab berdiri lama? Banyak penyebabnya.
ANTARA PENYEBAB PENGSAN AKIBAT BERDIRI TERLALU LAMA
1. Masalah jantung
Boleh jadi ada masalah jantung, biasanya jantung lemah yang mana kalau berjalan lebih 50m pun dah penat, nak naik satu tingkat pun tercungap, apatah lagi nak berdiri lama lama di bawah terik mentari dan berpuasa pula tu.
2. Hypoglycemia
Boleh jadi juga hypoglycemia di mana kadar gula dalam darah kurang daripada 3.9 mmol/L. Pesakit kencing manis perlu tahu sebab dia sendiri boleh rasa macam mana kalau hypo. Menggigil, berpeluh, jadi tak ketahuan dan memang boleh rebah.
3. Postural hypotension
Postural hypotension di mana tekanan darah apabila duduk dan berdiri tidak sama.
Orang yang memang ada masalah tekanan darah rendah. Dalam medikal ni, yang rendah rendah lebih cenderung membawa maut berbanding yang tinggi tinggi.
Darah rendah, gula rendah, sodium rendah, potassium rendah. Bahaya. Orang ada tekanan darah rendah, memang mudah pengsan even terkejut atau meneran tahi keras sekalipun.
4. Kemungkinan akibat anemia
Kandungan sel darah merah rendah aka anemia pun boleh sebabkan orang pengsan jika terlampau letih. Masalah gastrik yang teruk pun boleh sebabkan pengsan jika berpuasa dan berdiri di bawah terik mentari lama lama.
5. Kanser
Kanser. Bergantung kepada tahap kanser dan keadaan pesakit waktu itu. Jika tengah dalam rawatan chemo atau baru sudah pembedahan, eloklah lebih cakna dan berhati hati.
6. Kemungkinan dehydrated
Dehydrated melampau pun boleh juga menyebabkan hal begini. Badan yang terlampau kurang air akan buatkan kurang garam mineral dan zat galian juga. Sebab itu boleh sawan atau pengsan.
Baca juga: 9 Makanan Perlu Elak Jika Selalu Alami Perut Berangin & Gastrik, Wanita Ini Dedah Rahsia
Nasihat doktor Erna Nadia dan tindakan perlu ambil kepada orang yang sedang rebah
Dr. Erna Nadia menekankan pentingnya menjaga keselamatan diri, terutama jika anda mempunyai masalah kesihatan atau mudah pitam ketika berdiri lama. Jika melihat barisan terlalu panjang dan tahu diri sendiri berisiko, lebih baik datang pada waktu lain atau minta bantuan orang lain.
Beliau juga mengingatkan agar kita sentiasa mengambil berat tentang kesihatan diri dan keluarga seperti hubungi ibu bapa, tanya khabar dan peka jika mereka teringin sesuatu kerana kini semuanya boleh dipesan dari jauh.
Paling penting, kenali tanda awal seperti rasa berpusing, berpinar atau tidak selesa. Jika tubuh memberi amaran, segera duduk, berehat dan maklumkan kepada orang berhampiran.
Situasi pengsan secara tiba-tiba boleh berlaku kepada sesiapa, termasuk pelajar sekolah yang berdiri lama di bawah panas. Inilah yang dipanggil syncopal attack dan langkah pencegahan bermula dengan kesedaran diri.

Gambar hiasan – ScienceNordic
Jika seseorang tiba-tiba rebah, segera bantu dengan menjauhkan mereka daripada orang ramai dan pastikan mereka mendapat udara yang baik. Cuba panggil mangsa atau sapukan sedikit air pada wajahnya, dan hubungi ambulans atau bawa terus ke hospital.
Walaupun mereka kembali sedar, pemeriksaan lanjut tetap penting.
Dr. Erna turut mengingatkan agar kita memahami tahap kesihatan diri, jangan memaksa tubuh melakukan sesuatu di luar kemampuan. Namun, untuk urusan ibadah seperti solat, latih diri hingga menjadi kebiasaan agar tidak mudah ditinggalkan.
Sumber: Facebook Erna Nadia
FT Image: Pixel_away/iStock via Getty Images
