Dengar sahaja nama negara Maldives, terus sahaja terfikir kos yang tinggi untuk pergi bercuti di sana. Ya, kita sudah ‘dimomokkan’ bahawa Maldives itu adalah tempat percutian yang mahal. Tidak dinafikan ia benar, namun bercuti ke Maldives boleh berubah menjadi trip paling murah jika anda tahu beberapa ‘tricks’ seperti dikongsikan saudara Ihsan Zainal ini.
Kalau nak tahu info berguna ke negara Maldives dengan kos rendah, ikuti pengalaman beliau di bawah.
Baca juga: Kaki ‘Travel’ Kongsi 9 Tips Melancong DIY Ke Negara-Negara Eropah, Serius Lebih Jimat!
BERCUTI KE MALDIVES

Gambar: Ihsan Zainal
Bila ada yang tanya aku mahal ke kalau pergi sendiri ke Maldives sebab tengok pakej beribu-ribu. Bagi aku antara trip paling murah aku pergi ialah Maldives.
Tengok Air Asia buat 1 way RM239, dah macam tiket pergi Kuching je. Empat jam lebih, pekena Nasi Lemak Pak Nasser RM13 atas itu dah kenyang sampai sana.
Janganlah kau pilih nak resort atas air, jamban dalam laut sambil melabur nampak penyu itu. Itu jual kereta tak lepas nak tidur satu malam di sana.
Baca juga: Bosanlah Asyik Teluk Kemang Je, Rupanya Ada Lagi 21 Pantai Cantik & Pasir Lembut Di Port Dickson!
Maldives itu mudah!
Maldives ini bagi aku mudah sebab sampai sampai tak perlu pening macam nak pergi Semporna ke Sipadan ke sampai Kota Kinabalu kena ambil penerbangan (flight) lain.
Sampai je Male, nak jimat cari saja hotel dekat Male. Banyak dalam Agoda RM100-150 pun macam-macam boleh pilih. Sampai lapangan terbang, bayar 1USD naik bot terus sampai bandar Male.
Di sana tak besar mana, kecil sikit dari Pulau Pangkor nak jalan kaki ke hotel pun boleh.
Nak merasa pergi pulau-pulau, ada sahaja ‘day trip’ dan siap ada ‘lunch buffet’. Seorang dalam 100-125USD. Malam baliklah Male semula.
Sewa motor boleh pakai lesen Malaysia
Dekat Male boleh sewa motor separuh hari pusing-pusing ibu negara dia. Tak perlu lesen antarabangsa pun, sebab lesen kita boleh guna di sana.
Sewa motor trusted biasanya sana, Atollrent, suruh dia hantar motor ke hotel kita itu siap-siap. Nak pulang balik pun mereka ambil sendiri di hotel kita itu.
Baca juga: Terbongkar! ‘Hidden Gems’ Di Setiap 14 Negeri Yang Orang Ramai Belum Habis Teroka
Maldives umpama negara Malaysia

Gambar: Ihsan Zainal
Maldive ini boleh dikatakan besar macam Malaysia juga, cuma 97% diliputi air laut. Diumpamakan:
- Macam ibu negaranya Chemor, nak pergi pulau lawa sikit pergi Lenggong naik bot.
- Rasa nak lawa lagi pergi Changlun naik ‘flight’.
- Bosan Changlun pergi Jeli.
- Nak turun selatan naik flight landing atas air pergi Rembau,
- Nak berenang dengan jerung kena naik ‘flight’ kecil lain pergi Tanjung Malim.
Nak tengok bikini bikini pergi pulau private lain sebab pulau pulau dia beribu banyak, cuma tak boleh pergi guna kenderaan darat sahaja.
Baca juga: Trip Sehari Menarik Di Sekinchan, Bila Tengok Gambar Rasa Nak Pergi Sekarang Je!
Cara jimat kos makanan dan pergerakan ke lapangan terbang
Kalau rasa nak sangat jimat sampai tak nak keluar duit makan, pergi je kedai runcit beli Indomie. Tapi kalau pergi area ‘fish market’ banyak sahaja restoran-restoran tempatan.
Balik ke lapangan terbang pun sama sahaja, naik di jeti yang sama. Bot setiap 15 minit akan hantar ke lapangan terbang.
Info visa dan rangkaian internet
Sebagai seorang rakyat Malaysia yang mempunyai pasport yang berkuasa, tak perlu mohon visa. Memadai mengisytiharkan (declare) di https://imuga.immigration.gov.mv/traveller yang percuma sahaja.
Wifi pula sewa sahajalah Roamingman awal-awal di KLIA atau guna sahaja wifi hotel sebab telco kita langsung tiada roaming dekat sana. Hanya boleh buat panggilan atau mesej sahaja.

Gambar: Page popular kongsi info tiket penerbangan murah pergi balik Maldives. – Ihsan Zainal
Baca juga: Dulunya Popular, Kini PANTAI ESEN Bau Busuk & Penuh Selut Hitam Persis ‘Pantai Hantu’!
Sumber: Ihsan Zainal
FT Image: Ihsan Zainal
