Euforia Bola 2026
Nur

Musafir Ramadan Naik Flight? Ini Cara Tentukan Waktu Berbuka Dalam Kapal Terbang, Ramai Masih Keliru!

dalam kapal terbang

Bagi musafir yang sering berada dalam kapal terbang, tiba-tiba masuk waktu berbuka boleh jadi keliru. Apakah patut ikut waktu Malaysia, negara destinasi, atau hanya menunggu matahari terbenam di udara?

Soalan ini bukan sahaja biasa, malah sering buat penumpang berpuasa terfikir cara terbaik untuk menunaikan ibadah. Berikut penjelasan oleh Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan.

Baca juga: Ramai Baru Tahu, Rupanya Boleh Qada Solat Semasa Tarawih Walaupun Niat Tak Sama Dengan Imam

PANDUAN MENENTUKAN WAKTU BERBUKA DI DALAM KAPAL TERBANG

dalam kapal terbang

Gambar hiasan: Gemini AI

Dalam menjawab persoalan ini, kami nyatakan sebuah ayat yang disebutkan di dalam al-Quran selepas ayat yang memerintahkan kewajipan berpuasa, maka datang selepasnya firman Allah SWT:

Maksudnya: “(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.” (Surah al-Baqarah:184)

Imam al-Tabari dalam menafsirkan ayat ini, menyebutkan bahawa barang siapa yang termasuk di dalam golongan yang disebutkan sebagai mukalaf, namun menghidapi penyakit atau sedang dalam permusafiran maka dibolehkan untuk berbuka dan menggantikan pada hari-hari selepas Ramadhan. Lihat Jami’ al-Bayan fi Takwil al-Quran (2/138).

Maka, seperti yang disebutkan di atas, syariat memberi kebebasan bagi orang yang bermusafir untuk memilih sama ada untuk berbuka atau terus berpuasa.

Baca juga: Niat Puasa Sebab Nak Kurus Je…Sah Ke Tak? Mufti Tampil Beri Pencerahan Supaya Anda Tak Tersasar!

Cara menentukan waktu berbuka puasa di udara

Persoalan yang seterusnya ialah berkaitan waktu berbuka bagi mereka yang memilih untuk berpuasa, sama ada mengikut waktu negara asal, atau negara destinasi atau negara yang sedang dilintasi.

Maka, dalam hal ini hendaklah difahami firman Allah SWT:

Maksudnya: “Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib);” (Surah al-Baqarah: 187)

Maka, berasal daripada ayat ini, perlu untuk difahami bahawa waktu iftar atau berbuka hendaklah apabila tibanya waktu malam.

Hal ini jelas seperti mana yang hadith yang diriwayatkan oleh Saidina ‘Umar bin al-Khattab RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Jika malam menjelang daripada sini (arah timur) dan siang pergi daripada sini (arah barat), dan matahari terbenam, maka orang yang berpuasa hendaklah berbuka.” Riwayat al-Bukhari (1954)

Imam al-Nawawi pula menyatakan bahawa:

Maksudnya: “Selesai dan sempurnanya puasa itu dengan terbenamnya matahari seperti mana yang disepakati oleh seluruh orang Islam.” Lihat al-Majmu’ (6/304)

dalam kapal terbang

Gambar hiasan: Gemini AI

Hal ini turut disebutkan oleh Dar al-Ifta’ al-Misriyyah dalam menjawab persoalan orang yang hendak berbuka puasa di udara, dengan menyebut bahawa:

Maksudnya: “Orang yang berpuasa yang sedang bermusafir di udara berbuka apabila tenggelamnya matahari pada penglihatannya, pada tempat dia sedang berada ketika itu, bukanlah berdasarkan waktu negara asalnya atau negara yang sedang dilaluinya, tetapi ketika tenggelamnya matahari keseluruhan lingkarannya berdasarkan pandangan matanya.”

Maka jelaslah bahawa waktu berbuka itu berdasarkan tempat setiap orang yang berpuasa itu berada. Bukan berdasarkan waktu negara asal, negara yang dilalui apatah lagi negara yang dituju meskipun waktu-waktu tersebut dipaparkan secara tepat di dalam kapal terbang.

Oleh itu, hendaklah orang yang berpuasa memastikan bahawa waktu malam benar-benar telah masuk. Maka, para fuqaha’ menerangkan kaedah menentukan waktu malam berdasarkan situasi-situasi tertentu terutamanya sekiranya kapal terbang melalui kawasan yang menghalang untuk melihat matahari.

Hal ini diterangkan oleh Ibn Daqiq al-‘Aidh:

Maksudnya: “dan kedudukan (orang yang melihat matahari terbenam) berbeza-beza. Sekiranya di antara orang tersebut dan lingkaran matahari itu terhalang, maka tidak cukup dengan sekadar terbenamnya lingkaran matahari daripada pandangan mata, (hendaklah orang yang terhalang) mengambil bukti (telah masuknya waktu maghrib) dengan melihat datangnya waktu malam dari arah timur.” Lihat Ihkam al-Ahkam (1/166).

Baca juga: Makan Awal Lepas Tarawih Dikira Bersahur Ke? Hati-Hati Pilih Waktu, Risau Tak Dapat Pahala Sunnah

Kesimpulan

Berdasarkan nas dan hujah di atas, kami nyatakan bahawa waktu orang yang sedang berbuka bagi orang yang sedang berada di atas kapal terbang adalah berdasarkan datangnya malam yang dilihat dengan matanya sendiri atau diumumkan oleh anak kapal berdasarkan waktu semasa.

Hendaklah sebolehnya menetapkan keyakinan dengan melihat menggunakan mata sendiri bahawa matahari telah terbenam dan hari telah bertukar malam.

Sumber: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan

FT Image: Gemini AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×