Euforia Bola 2026
Asuh

Ini Waktu Maksimum Bayi Dalam ‘Car Seat’, Bila Jalan Jauh Kena Berhenti Sekejap!

car seat

Baik jauh mahupun dekat jaraknya, keluarga yang mempunyai anak kecil pasti akan menyediakan baby car seat atau kerusi kereta bayi untuk keselamatan.

Menurut sumber, bayi yang didudukkan di dalam car seat tidak mampu untuk bertahan lama, terutamanya jika anda sekeluarga di dalam perjalanan yang jauh. Maka, bayi akan mula meragam kerana tidak selesa.

Baca juga: Ibu Kongsi Set Keperluan Anak Untuk Bawa Travel, Balik Raya Pun Wajib Bawa!

MAKSIMUM BAYI BOLEH DUDUK DALAM CAR SEAT

car seat

Gambar hiasan: senivpetro

Sebenarnya, terdapat maksimum waktu untuk bayi duduk dalam car seat dan berbeza mengikut usia mereka bagi sesuatu tempoh perjalanan. Jika melebihi tempoh tersebut, bayi akan berdepan dengan beberapa kesan jika dibiarkan berterusan di dalam car seat.

Jom ketahui penjelasan lanjut di bawah.

Baca juga: Para Ibu Jangan Lupa Pam Susu Bila Raya, Takut Nanti…

“Hai…saya nak tanya, bayi umur 3 bulan untuk perjalanan jauh maksimum dalam car seat 2 jam je kan. Lepas 2 jam, seelok-eloknya berhenti berapa lama? 30 minit cukup tak sebelum teruskan perjalanan?

“Kedua, apa kesan kalau bayi duduk dalam car seat lebih dari 2 jam? Dan baby sakit tak badan bila duduk dalam car seat lama-lama? Thank you!”

1. Bawah 1 tahun

Bagi bayi di bawah usia 1 tahun, maksimum adalah 1 jam di dalam car seat.

2. Bawah 2 tahun

Bayi yang berusia 2 tahun ke bawah pula, maksimum mereka adalah 2 jam di dalam car seat.

3. Lebih 2 tahun

Usia lebih 2 tahun, dinasihatkan untuk menghentikan pemanduan dan membuat regangan selepas 2-3 jam.

Berhenti seketika untuk buat regangan

Boleh berhenti 5 minit atau 10-15 minit, bergantung keperluan bayi. Keluarkan bayi sebentar dan lakukan regangan badan sikit-sikit. Kemudian, anda boleh teruskan perjalanan.

Melainkan bayi perlu menukar lampin atau minum susu, waktu rehat akan ambil masa yang lama.

Baca juga: Bila Pulang Ke Kampung, Ajar Anak Jaga Aurat Elok-Elok, Terutama NO. 1 Itu, Jangan BUAT!

KESAN LEBIH WAKTU DALAM KERUSI KERETA BAYI

car seat

Gambar hiasan.

Kesan duduk dalam car seat lebih dari waktu yang dicadangkan: Bayi lenguh dan increased risk of positional asphyxiation. Nafas terhenti disebabkan kedudukan tak ideal.

Semoga bermanfaat untuk semua.

Baca juga: Baca Doa Ini Bila Singgah Sekejap Mana-Mana Tempat, Nescaya Selamat!

Sumber: Faten Atirah

FT Image: senivpetro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×