Euforia Bola 2026
Rakyat

Berita Baik Untuk Mama! ‘Standby’ Tahun 2026 Ada Banyak Bantuan Untuk Anak Bawah 6 Tahun!

belanjawan selangor

Belanjawan Selangor 2026 telah dibentangkan pada 14 November 2025 lalu oleh Dato’ Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor dengan tema “Selangor Juara, Rakyat Sejahtera” bersama peruntukan sebanyak RM3.23 bilion.

Belanjawan ini memberi fokus kepada pelbagai insentif demi meningkatkan taraf hidup rakyat Selangor. Hal ini termasuklah, bantuan yang disediakan kepada kanak-kanak bawah 6 Tahun.

Baca juga: NADMA Umum Bantuan RM1,000 Kepada Setiap Keluarga, Tapi Mangsa Banjir Kena Berdaftar Dulu Di PPS

BELANJAWAN SELANGOR 2026 UNTUK ANAK BAWAH 6 TAHUN

belanjawan selangor

Berikut dikongsikan lebih lanjut bantuan tersebut untuk makluman para ibu, khususnya warga Selangor yang memiliki anak bawah 6 Tahun:

1. Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS)

belanjawan selangor

Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) adalah skim bantuan yuran tadika yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk membantu meringankan beban ibu bapa membayar yuran tadika.

Jumlah bantuan yang diberikan ialah RM50 setiap bulan. Skim ini khusus untuk kanak-kanak berumur 5 dan 6 tahun yang layak.

Bantuan yang diberikan akan disalurkan terus kepada tadika yang berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor atau agensi berkaitan, bukannya dalam bentuk tunai kepada ibu bapa.

Syarat Permohonan:

1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia

2. Pemohon mestilah sama ada:

  • Ibu ATAU bapa yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor
  • ATAU anak yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor
  • ATAU ibu dan bapa yang bermastautin di Selangor secara sah sekurang-kurangnya 5 tahun. Perlu mendapat pengesahan bermastautin daripada Ketua Kampung / Penghulu / Pengerusi Taman Perumahan / Senator / ADUN / Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal

3. Pendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah

4. Suami dan isteri bekerja atau tidak bekerja

5. Anak yang berumur 5 dan 6 tahun sahaja

6. Untuk Anak yang belajar di TADIKA BERDAFTAR sahaja

Layari tunas.yawas.com.my/ untuk maklumat lanjut.

2. Iltizam Anak Selangor (ANAS)

belanjawan selangor 2026

Program Iltizam Anak Selangor adalah inisiatif Kerajaan Negeri Selangor yang menawarkan bantuan wang tabungan RM100 setahun selama 5 tahun kepada anak-anak yang lahir di Selangor bermula tahun 2022.

Program Iltizam Anak Selangor menyasarkan 30,000 orang anak-anak yang baru lahir di Negeri Selangor bermula kelahiran tahun 2022.

Setiap permohonan yang berjaya akan dibukakan akaun Simpan SSPN Prime dan akan menerima wang tabungan bernilai RM100 setahun untuk tempoh 5 tahun yang akan dikreditkan ke akaun tersebut bermula tahun kelahiran.

Jumlah keseluruhan caruman adalah RM500 untuk setiap anak dan tabungan tersebut hanya boleh dikeluarkan ketika anak berumur 18 tahun ke atas.

Program ini menyasarkan sehingga 30,000 anak dengan syarat anak dan ibu bapa/penjaga adalah warganegara Malaysia yang menetap dan daftar pengundi di Selangor.

Permohonan dilakukan secara dalam talian di laman web rasmi anas.yawas.com.my dan permohonan akan ditutup sebaik sahaja kuota 30,000 pemohon penuh.

Program ini sebahagian daripada inisiatif Iltizam Selangor Penyayang yang menyokong kesejahteraan rakyat Selangor secara menyeluruh.

Syarat Kelayakan:

1. Kriteria anak

  • Anak kelahiran bermula tahun 2022
  • Warganegara Malaysia
  • Lahir di Selangor
  • Sedang menetap di Selangor

2. Kriteria ibu bapa / penjaga

  • Warganegara Malaysia
  • berumur 18 tahun ke atas
  • Sedang menetap di Selangor
  • Pengundi berdaftar di Selangor

Layari portal rasmi Iltizam Anak Selangor di www.anas.yawas.com.my/ untuk semakan dan permohonan.

3. Inisiatif MamaKerja

belanjawan selangor 2026

Insentif MamaKerja adalah bantuan tunai khas yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk menyokong ibu bekerja yang mempunyai anak berumur enam tahun ke bawah.

Dalam Belanjawan Selangor 2026, insentif ini diberikan sebanyak RM100 sebulan untuk setiap anak bagi tempoh setahun.

Insentif ini bertujuan untuk meringankan kos penjagaan dan asuhan anak yang menjadi cabaran utama kepada ramai ibu bekerja, khususnya keluarga berpendapatan rendah dan sederhana.

Setiap pemohon yang layak akan menerima insentif sebanyak RM100 setiap sebulan selama setahun. Jumlah keseluruhan adalah RM1200 setahun.

Jumlah ini meningkat RM200 berbanding tahun sebelum ini, RM1000 yang diberikan secara one-off.

Syarat Kelayakan:

  1. Wanita bekerja dan bermajikan.
  2. Merupakan rakyat Selangor (lahir di Selangor atau bermastautin di Selangor melebihi 10 tahun).
  3. Mengundi di Selangor.
  4. Berpendapatan isi rumah RM8,000 dan ke bawah.
  5. Individu yang mempunyai akaun Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
  6. Mempunyai anak berumur 6 tahun dan ke bawah.
  7. Bukan penerima bantuan ASUH PINTAR, TUNAS dan BINGKAS.

Tarikh rasmi dan cara permohonan insentif MamaKerja untuk tahun 2026 belum lagi diumumkan secara rasmi. Namun, anda boleh sentiasa mengemaskini aplikasi SELANGKAH untuk mengetahui perkembangan terkini seperti tahun-tahun sebelumnya.

Permohonan ini terhad kepada 5000 pemohon terawal yang memenuhi syarat-syarat kelayakan.

Layari Portal Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, https://www.selangor.gov.my/ untuk maklumat lanjut, senarai penuh bantuan dan insentif serta perkembangan terkini mengenai pelaksanaan Belanjawan 2026.

Baca juga: [TERKINI] JAKIM Tegaskan ‘Muslim Choice’ Tak Diiktiraf Sebagai Penanda Halal!

Sumber: Portal Rasmi Kerajaan Negeri Selangor

FT Image: Pinterest

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×