Euforia Bola 2026
Inspirasi

Fenomena Beg Tangan Harga Marhaen Aliff Syukri Tarik 80 Ribu Orang Di ‘Live’, Terjual 25 Saat!

beg tangan

Dalam dunia fesyen wanita moden, beg tangan bukan sekadar aksesori tetapi ia lambang gaya, keyakinan dan juga personaliti.

Namun, di sebalik jenama mewah yang menjadi idaman, ramai wanita kini mula membuka mata kepada alternatif berkualiti tinggi dengan harga yang jauh lebih mesra poket.

Baca juga: Semangat Sayangkan Negara, Bapa Cina Minta Anak Jaga Lencana Jalur Gemilang, Siap Pesan Anak Kena Hebat Bahasa Melayu!

FENOMENA BEG TANGAN ALIFF SYUKRI HARGA MARHAEN

beg tangan

Tangkap layar LIVE TikTok perjualan beg tangan Samma, malam tadi.

Fenomena ini jelas kelihatan menerusi sambutan luar biasa terhadap siaran langsung jualan beg tangan jenama Samma oleh pasangan usahawan terkenal, Dato’ Seri Aliff Syukri dan isteri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid.

Lebih 80,000 tontonan direkodkan dalam satu malam di TikTok @papalarisofficial, membuktikan permintaan tinggi terhadap beg tangan bergaya yang tidak membebankan bajet pengguna.

Menurut Datin Seri Shahida dalam satu hantaran di Instagram, beliau terkejut dengan sambutan hebat yang diterima:

“Ya Allah tak sangka sangat lebih 80 ribu yang menonton dan ‘battle’ untuk beli bag Samma malam ini.

“Kami minta maaf sangat sangat ya sebab kuantiti bag hanya 3000 sahaja tapi yang battle nak beli lebih dari 80 ribu orang. Sold out semua dalam masa 25 saat sahaja,” tulisnya sambil berjanji akan mengumumkan berita baik buat yang belum sempat mendapatkan beg tersebut.

Baca juga: Puisi ‘Ku Cari Damai Abadi’ Nukilan Tun Abdullah Kembali Tular, Beri Aspirasi Buat Ramai Tersentuh!

beg tangan

Antara warna yang dikeluarkan untuk koleksi beg tangan Samma.

Apa yang menarik, jualan beg berharga RM65 ini bukan sekadar laris kerana populariti penjualnya. Rata-rata pelanggan yang pernah membeli memberikan maklum balas positif tentang kualiti produk yang dikatakan setanding dengan jenama antarabangsa.

Di ruangan komen, ramai yang memuji pendekatan pemasaran pasangan ini, serta strategi pelepasan stok yang bijak dan berperingkat.

“Banyak stok tu dalam kontena. Release sikit-sikit. Apa-apa pun hebat marketing Dato’ Datin. Harga pun marhaen.

“Terus terang ckp. Tengok kawan beli bag tangan dia, semua kualiti setanding bag yang mahal-mahal. I will buy it!

“Saya ada beli beg dia, memang berkualiti dan berbaloi lah. Harga pun tak mahal.

“Gilalah. Semoga brand Dato’ Aliff makin power sehingga di peringkat antarabangsa,” antara komen yang ditinggalkan warga maya.

Baca juga: Bapa Minta ‘Resign’ & Gajikan Untuk Jaga Sakit, Netizen Puji Kebajikan Anak Terjaga

Fenomena ini membuktikan bahawa dengan strategi pemasaran yang betul dan pemahaman terhadap kehendak pengguna wanita masa kini, sebuah jenama tempatan mampu mencipta impak besar tanpa perlu mengenakan harga yang melambung tinggi.

Beg tangan berkualiti tidak semestinya mahal dan usahawan tempatan sudah mula membuktikan perkara itu.

Baca juga: Lalu Lintas Sesak Teruk Musim Beraya, Anak Felda Jelai Gemas Ambil Inisiatif Jadi ‘Polis Trafik’

Sumber: Instagram @shahidadherbs

FT Image: Instagram @shahidadherbs

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×