Euforia Bola 2026
Inspirasi

Dari Remaja Buat Bedak Sejuk Tradisional, Kini Usia 80 Tahun, Produk Puan Saad Berjaya ‘Terbang’ Ke Jepun!

bedak sejuk

Bedak sejuk bukan sekadar alat kecantikan warisan nenek moyang, tetapi juga simbol ketekunan dan kasih terhadap tradisi.

Siapa sangka, hasil tangan seorang wanita warga emas berusia 80 tahun dari Kampung Pulau Timbul, Tunjang kini menambat hati pengguna bukan sahaja di Malaysia, malah sampai ke Jepun.

Baca juga: Pernah Dibuli, Murid Tahun 2 Bangkit Cipta Malaysia Book of Records Pakai Kasut Berpaku Lakukan Karate Kata

PUAN SAAD MEWARISI ILMU BEDAK SEJUK DARI  ARWAH IBU

bedak sejuk

Puan menunjukkan cara pembuatan bedak sejuk secara tradisional ketika ditemui wartawan Kosmo! di rumahnya di Kampung Pulau Timbul, Tunjang dekat Jitra pada Sabtu lalu.

Menurut Puan Saad, dia mula menghasilkan bedak sejuk sejak remaja lagi bersama arwah ibunya dan masih menerima tempahan hingga kini.

“Sejak remaja saya buat bedak sejuk. Dulu saya bersama arwah ibu menjual produk ini kepada penduduk kampung. Selain itu, ada pelanggan sanggup tempah untuk dibawa pulang ke Jepun,” katanya sambil tersenyum mengenang semangatnya yang tidak pernah luntur.

Puan Saad mempelajari seni pembuatan bedak sejuk secara turun-temurun. Menurutnya, resipi dan cara penghasilannya tidak pernah berubah iaitu kekal asli tanpa bahan pengawet atau pewangi tiruan.

Bedak sejuk buatannya bukan sahaja digunakan untuk menyejukkan badan, malah berkesan membantu mereka yang mempunyai masalah kulit seperti kayap.

Proses rumit, hasil lembut di kulit

bedak sejuk

Proses menghasilkan bedak sejuk ini bukan mudah. Ia menuntut kesabaran, ketelitian dan masa yang panjang demi mengekalkan kualitinya.
Antara langkah yang dilakukan oleh Puan Saad ialah:

  1. Menggunakan beras kampung asli yang direndam selama setahun penuh, dengan airnya ditukar setiap dua hari bagi memastikan tekstur yang halus.
  2. Setelah cukup tempoh, beras yang telah hancur akan ditapis dan diramas sehingga menjadi seperti bancuhan tepung berbau sedikit masam.
  3. Bancuhan itu kemudian dititis atas kain menggunakan corong kecil, sebelum dijemur sehingga kering.
  4. Apabila kering, bedak sejuk dikumpulkan dan ditabur dengan hirisan daun pandan serta bunga-bungaan wangi seperti mawar, melur, cempaka dan kerak nasi.

Menurutnya, bedak sejuk tersebut dijual pada harga hanya RM3 sebekas kecil dengan harga yang murah, tetapi bernilai tinggi dari segi usaha dan warisan yang dibawa.

Baca juga: Kenali Mastermind Misi GSF Remaja Ada Sindrom Asperger, Greta Thunberg Cetus Kebangkitan Dunia

Warisan yang harus dihargai

Pegawai Daerah Kubang Pasu, Datuk Muhamad Mahazi Ibrahim, memuji usaha gigih Puan Saad dalam mengekalkan warisan tradisional ini.

“Usaha seperti ini membuktikan warisan lama masih mempunyai nilai dan keunikan tersendiri. Pihak kami bersedia membantu penduduk dalam mengangkat produk berasaskan warisan tempatan ke peringkat lebih tinggi,” katanya.

Kisah Puan Saad bukan sekadar cerita tentang bedak sejuk, tetapi juga kisah tentang semangat seorang wanita tua yang mempertahankan seni lama agar tidak pupus ditelan masa.

Di sebalik setiap titisan bedak sejuk yang dikeringkan, tersimpan dedikasi dan cinta terhadap warisan nenek moyang. Dan kini, harumannya telah menembusi sempadan dunia hingga ke Jepun.

@utusanonline

Bedak sejuk Puan Saad ‘terbang’ ke Jepun

♬ original sound – Utusan Malaysia – Utusan Malaysia

Baca juga: Non-Muslim Malaysia Pengetahuan Luas & Fasih Jelaskan Islam Kepada Pelancong US, Sampai Terharu Netizen!

Sumber: Kosmo!

FT Image: Kosmo! / Media Mulia TV

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×