Euforia Bola 2026
Famili

Stesen Radio 101 Buka Bazar Semua RM5, Kurangkan Beban Rakyat Beli Juadah!

bazar kool 101

Baru-baru ini, Kool 101 giat memperkenalkan “Bazar Kool 101 – Semua RM5”. Di mana, Bazar Kool ini merupakan satu inisiatif yang menyediakan hidangan berbuka puasa lengkap pada harga Rahmah iaitu RM5 sahaja.

Diketahui, Kool 101 merupakan sebuah stesen radio yang peka terhadap isu semasa dan sosial di Malaysia. Jadi, Bazar Kool 101 adalah sebagai respons kepada kebimbangan masyarakat akan isu peningkatan harga makanan di bazar Ramadan.

Baca juga: Tonton GEN+ Suai Kenal Sekolah Bersama SAFI Shayla & Selebriti, Lebih 1,000 Murid Terinspirasi!

BAZAR KOOL: SEMUA RM5

bazar kool 101

Bazar Kool 101 memberi peluang kepada orang ramai untuk menikmati makanan berkualiti pada harga yang lebih rendah berbanding bazar Ramadan lain, sekali gus mengurangkan beban kewangan pengguna.

Setiap hidangan yang disediakan adalah lengkap, seimbang, dan berkualiti untuk memastikan kesejahteraan pemakanan masyarakat.

Dengan lokasi strategik, mudah diakses dan seramai 12 peniaga, ini telah memberi kemudahan kepada golongan yang sering menghadapi kekangan masa, terutamanya pekerja dan individu bujang yang juga merasakan harga juadah di Bazar ramadan mahal.

Selain itu, Bazar Kool 101 turut menyokong peniaga kecil dengan menyediakan platform perniagaan yang lebih terancang dan pendedahan yang lebih luas, sekali gus membantu meningkatkan peluang ekonomi tempatan.

Baca juga: YouthSAYS Medan Anak Muda Malaysia Bersuara, Terserlah Dengan Kisah Inspirasi & Pendapat Berpengaruh!

Manfaat daripada “Bazar Kool 101 – Semua RM5”

bazar kool 101

Instagram Kool101my

  1. Menyediakan makanan berkualiti pada harga mampu milik kepada orang ramai, terutamanya golongan bekerja dan individu bujang yang tidak sempat memasak di rumah.
  2. Membantu peniaga kecil dengan memberi platform untuk mereka berniaga pada kadar harga yang lebih mesra pelanggan
  3. Memudahkan akses kepada pengguna pengangkutan awam untuk membeli juadah berbuka puasa.
  4. Berkongsi rezeki dengan rakan artis untuk membuat persembahan di bazar, memberikan hiburan kepada pengunjung sambil mewujudkan suasana lebih meriah.

Ketua Kandungan Kool 101, Ainul Farhana berkata,

“Kool 101 sentiasa peka dengan isu dan masalah yang dihadapi oleh rakyat Malaysia. Kita maklum harga makanan di bazar ramadan mahal, jadi Kool terpanggil untuk membantu meringankan beban family dan individu dalam menyediakan juadah iftar yang murah.

“Sambutan dari para peniaga amat menggalakkan dan Kool 101 amat berterima kasih kerana para peniaga akan letak harga makanan di Bazar Kool dengan hanya RM5 sahaja, mereka sudi berkongsi rezeki dan bersedekah di bulan Ramadan ini bersama para pembeli.

“Semoga dengan adanya Bazar Kool – Semuanya RM5 dapat meringankan beban para pembeli dan Kool 101 juga dapat membantu mempromosikan perniagaan para peniaga,” ujarnya.

Baca juga: KNKV Viral Award 2025 Iktiraf Pempengaruh Bawa Mesej Positif, Sasar Minima 100 Juta Tontonan Bersama Media Prima Berhad!

Radio Kool 101

Bagi mengetahui isu-isu semasa dan sosial, dengarkan radio Kool 101 secara langsung melalui frekuensi 101.3FM di Lembah Klang, 90.2FM di Pulau Pinang, 107.3FM di Alor Setar, dan 104.3FM di Sarawak.

Secara alternatif, para pendengar juga boleh mendengar Kool 101 secara live streaming di www.kool101.audio dan YouTube Kool 101 TV.

Ikuti juga laman sosial Kool 101 untuk perkembangan dan pengisian digital berinfomatif di Facebook kool101my, Instagram @kool101my, Twitter @kool101my dan TikTok @kool101my.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×