Euforia Bola 2026
Asuh

Ibu Terlelap Saat Menyusu, Bayi 2 Bulan Meninggal Tersepit Celah Dada…Doktor Dedah Risiko Ramai Tak Sedar!

bayi meninggal ketika menyusu

Bayi meninggal ketika menyusu akibat tersepit di celahan dada ibu mungkin kedengaran seperti sesuatu yang mustahil berlaku, namun satu kisah yang dikongsikan doktor ini membuka mata ramai tentang risiko yang sering dipandang ringan.

Dalam keadaan terlalu letih dan kurang tidur, seorang ibu dipercayai terlelap ketika breastfeeding, sebelum dikejutkan dengan tragedi yang meruntun jiwa keesokan paginya.

Baca juga: “Sampai Mati Aku Tak Maafkan!” Wanita Terkilan, Tanpa Izin Mak Saudara Sapu Krim Gamat Pada Mata Bayinya Sampai Bengkak

BAYI MENINGGAL KETIKA MENYUSU AKIBAT TERSEPIT CELAHAN DADA IBU

bayi meninggal ketika menyusu

Gambar hiasan: Gemini AI

Menurut perkongsian seorang doktor, kejadian itu membabitkan seorang ibu yang dipercayai tertidur ketika menyusukan bayi berusia dua bulan pada waktu malam.

Apabila terjaga keesokan harinya, wanita terbabit mendapati anaknya tidak menunjukkan sebarang tindak balas atau pergerakan. Dalam keadaan cemas, dia segera menghubungi ambulans, namun bayi tersebut disahkan meninggal dunia.

Mayat bayi kemudian dihantar ke bahagian forensik bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

Hasil pemeriksaan mendapati terdapat beberapa tanda seperti lebam di bahagian belakang badan, bintik merah pada mata dan kemerahan pada dahi kanan bayi. Namun, doktor tidak menemui sebarang kesan penderaan fizikal, racun, alkohol, ubat-ubatan atau komplikasi kesihatan lain.

Siasatan lanjut akhirnya mendedahkan kemungkinan sebenar tragedi tersebut berlaku.

Dipercayai ketika si ibu terlelap sewaktu menyusu, hidung dan mulut bayi berkenaan terselit di celahan payudara sehingga menyebabkan kesukaran bernafas.

Disebabkan usianya yang masih terlalu kecil, bayi itu dipercayai tidak mampu mengalihkan kepala sendiri untuk mendapatkan udara, sebelum akhirnya meninggal dunia.

Lebih memilukan, wanita terbabit kemudiannya disabitkan kesalahan atas pertuduhan kelalaian yang menyebabkan kematian dan dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun.

Baca juga: Ada 3 Cara Jadikan SIRAH NABI Sebagai Halwa Telinga Anak Kecil, Buat Macam INi!

bayi meninggal ketika menyusu

Gambar hiasan: Gemini AI

TIP RINGKAS CARA MENYUSU BAYI DENGAN LEBIH SELAMAT

Walaupun penyusuan badan mempunyai banyak manfaat, aspek keselamatan tetap tidak boleh dipandang ringan, terutama bagi bayi bawah enam bulan yang masih belum mampu mengawal pergerakan kepala dengan baik.

Berikut beberapa tip mudah yang boleh diamalkan ibu bapa:

  1. Pastikan hidung bayi tidak tertutup ketika menyusu.
  2. Elakkan menyusu ketika terlalu mengantuk atau terlalu penat.
  3. Pilih posisi menyusu yang stabil supaya saluran pernafasan bayi kekal terbuka.
  4. Elakkan tertidur ketika menyusu, terutama di sofa atau posisi berisiko.
  5. Peka terhadap corak pernafasan bayi dan segera dapatkan bantuan jika ada perubahan mencurigakan.

Keletihan menjaga bayi memang perkara biasa buat ibu bapa, namun kisah ini menjadi peringatan bahawa aspek keselamatan ketika menyusu juga sama penting bagi mengelakkan tragedi tidak diingini.

Baca juga: Mama Papa Jangan Sembur Sembarangan, Ini Cara Betul Guna Nasal Spray Pada Bayi & Anak Kecil

Sumber: dokbuckets

FT Image: Gemini AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×