Seorang bayi dijangkiti HIV selepas mengalami sakit berulang kali dan berat badan mula merosot. Apa yang lebih memilukan, kedua-dua ibu bapanya didapati negatif penyakit tersebut, sekali gus menimbulkan persoalan bagaimana jangkitan itu boleh berlaku.
Baca juga: Dah Habis Solat Baru Perasan ‘Kepala’ Sejadah Terbalik, Kena Ulang Semula Atau Sah?
BAYI DIJANGKITI HIV PUNCA DARI PENGASUH, INI CERITA SEBENARNYA

Freepik
Kisah ini bermula ketika si ibu terpaksa kembali bekerja lebih awal dan mengambil seorang pembantu rumah bagi menjaga anak lelakinya itu.
Bagi memastikan anak dijaga dengan selamat, wanita berkenaan mendapatkan khidmat pembantu rumah tinggal (live-in) melalui sebuah agensi yang dipercayai. Setelah urusan selesai, pembantu rumah dibawa masuk dan wanita berkenaan kembali bekerja seperti biasa.
Beberapa bulan kemudian, anak lelakinya mula mengalami sakit berulang kali. Berat badan merosot, kerap merengek dan kelihatan tidak selesa. Pada awalnya, ibu bapa menganggap keadaan itu disebabkan proses tumbuh gigi, lalu hanya merawat gejala seperti biasa.
Namun, keadaan semakin merisaukan apabila mereka mendapati terdapat ada bengkak pada bahagian leher anak mereka. Pemeriksaan di hospital mengesahkan bayi berkenaan mengalami limfadenopati dan hasil ujian lanjut mendapati puncanya adalah jangkitan HIV.
Lebih mengejutkan, kedua-dua ibu bapa disahkan negatif. Ujian seterusnya dijalankan terhadap pembantu rumah dan keputusan menunjukkan dia positif HIV.

Freepik
Bayi ada tabiat suka cakar muka
Ternyata bayi tersebut mempunyai tabiat suka mencakar wajah orang lain dengan kuku yang panjang. Pembantu rumah turut dicakar sehingga berdarah, begitu juga bayi itu sendiri yang selalu menggaru mukanya. Situasi ini menyebabkan hubungan darah berlaku secara tidak sengaja, sama seperti berkongsi bilah cukur tanpa sedar.
Kes ini menjadi peringatan penting kepada ibu bapa agar tidak hanya bergantung kepada pengesahan kesihatan daripada agensi pembantu rumah. Ada kemungkinan agensi mengambil keuntungan tetapi tidak menjalankan pemeriksaan menyeluruh atau memberikan laporan yang tepat.
Ibu bapa juga perlu memastikan kuku bayi sentiasa dipotong pendek bagi mengelakkan sebarang kecederaan kepada bayi berlaku selain boleh menjadi medium perpindahan darah antara bayi dan individu lain. Jika bayi mempunyai tabiat suka mencakar, sebaiknya pakaikan sarung tangan (mitten) ketika dia berada bersama orang lain.
Kes tragis ini menyebabkan seorang kanak-kanak terpaksa membesar dengan komplikasi dan stigma penyakit yang sepatutnya boleh dielakkan melalui beberapa langkah mudah.
Baca juga: MET Malaysia Keluarkan Amaran Ribut Tropika, Risiko Berlaku Banjir Kilat & Laut Bergelora!
Sumber: Instagram Dr Bels Wellness
