Euforia Bola 2026
Famili

Bayi 7 Bulan Derita Gagal Fungsi Hati, Kini Perlu Sumbangan Ramai Untuk Jalani Pembedahan!

fungsi hati

Seorang bayi berusia tujuh bulan, Umair Musa bin Mohamad Hariz, sedang berhadapan dengan kegagalan fungsi hati atau dikenali sebagai penyakit Biliary Atresia. Walaupun zahirnya kelihatan sihat seperti kanak-kanak lain, hakikatnya, keadaan dalaman Umair amat serius dan memerlukan rawatan segera.

Difahamkan, Umair memerlukan dana sebanyak RM200,000 untuk menjalani pembedahan pemindahan hati.

Baca juga: Kaki Budak Tersiat Lepas Sangkut Eskalator Di Mall Aman Central, Jangan Buat Macam Ini Bila Bawa Anak!

UMAIR MUSA DERITA KEGAGALAN FUNGSI HATI

fungsi hati

Namun, sehingga 25 Ogos lalu, kutipan yang berjaya dikumpulkan hanya sekitar RM100,000. Baki sebanyak RM100,000 lagi masih diperlukan bagi menyelamatkan nyawa si kecil ini untuk pergi ke China.

Menurut pertubuhan amal Nadi Permata Malaysia, Umair pernah menjalani pembedahan Kasai seawal usia 80 hari. Prosedur ini bertujuan menggantikan saluran hempedu yang rosak dengan usus kecil untuk membantu fungsi hati.

Perlu jalani pemindahan hati untuk menyelamatkan Umair Musa

Malangnya, pembedahan tersebut tidak berjaya. Kini, pilihan rawatan terakhir untuk menyelamatkan Umair adalah pemindahan hati (liver transplant) dan ayahnya sendiri, Encik Hariz, bakal menjadi penderma.

Baca juga: Usia 40 Ke Atas Jangan Main-Main Dengan 4 ‘PUTIH’ Ini… Ramai Dah Kena Serangan Mengejut!

Atas dasar itu, Nadi Permata Malaysia merayu orang ramai agar tampil membantu meringankan beban keluarga kecil ini. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun:

  • Pertubuhan Kebajikan Nadi Permata Malaysia
  • Maybank: 5515 7530 7417
  • Reference: Bantuan Musa BA

Semoga dengan doa dan sokongan masyarakat, adik Umair Musa diberikan peluang kedua untuk membesar dengan sihat, sama seperti kanak-kanak lain seusianya.

Baca juga: “Nikmat Apa Yang Allah Bagi Ni…” Peniaga Menangis Terharu Ditaja Tunai Umrah, Saat Tolak Troli Barangan Jualan

Sumber: Instagram Nadi Permata Malaysia

FT Image: Nadi Permata Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×