Euforia Bola 2026
Percutian

Kena ‘Kacau’ Di Campsite Ketika Period, Jam 12 Malam Ada Bau Hanyir Darah & Tangan Sakit!

bau hanyir

Kisah-kisah gangguan dan bau hanyir ketika berkhemah bukan lagi sesuatu yang asing dan perkara ini sama seperti pengalaman yang dikongsikan oleh pengguna media sosial Naddy.Ned.

Jelasnya, bau hanyir yang kuat dan mencurigakan itu bukan sahaja menimbulkan rasa tidak selesa, malah menjadi permulaan kepada insiden mistik.

Baca juga: Senarai Gunung Paling Seram Dengan Kisah Kehilangan, Ramai Kata Ada Penunggu Misteri!

BAU HANYIR DARAH & TANGAN SAKIT, WANITA DEDAH KENA KACAU DI CAMPSITE

BAU HANYIR

Freepik (Sekadar gambar hiasan)

Menurutnya, kejadian mistik itu bermula sekitar jam 12 tengah malam letika mereka sedang berehat di kawasan lapang tapak perkhemahan. Tanpa sebarang amaran, dia terhidu bau hanyir seakan darah yang sangat kuat berlegar-legar di sekitar kawasan tersebut.

Pada awalnya dia menyangkakan bau hanyir itu datang daripada kolam ikan berdekatan, namun setelah diamati, bau tersebut ternyata menyerupai darah yang segar. Lebih menyeramkan, hanya dia seorang sahaja dapat menghidu bau itu, sedangkan rakan-rakan lain tidak menyedari apa-apa yang ganjil.

“First time , pergi campsite , tengah lepak lepak pukul 12mlm tiba tiba bau hanyir darah kuat gila lalu dekat hidung . Ingatkan bau kolam ikan, tapi bila ku amati betul betul , bau darah rupanya . Tak disangkal lagi, aku sorang sahaja yang bau benda itu sebab semua orang lain tak adad tunjuk reaksi apa apa pun,” ujarnya.

Beberapa minit selepas bau tersebut muncul dan hilang secara berselang-seli, sebuah insiden pula berlaku. Seorang rakan yang sedang membasuh pinggan di sinki berhampiran tiba-tiba menjatuhkan pinggan tanpa sebab yang jelas. Detik itu disusuli dengan keseluruhan kawasan tapak perkhemahan mengalami blackout.

Pada mulanya mereka menyangka rakan tersebut tersadung wayar atau tidak sengaja menyebabkan gangguan elektrik. Namun setelah diperiksa, punca trip elektrik tersebut tidak berkaitan langsung dengan rakan yang sedang membasuh pinggan.

Lebih merisaukan, Naddy.Ned memberitahu bahawa sepanjang berada di tapak itu, setiap kali dia keluar daripada sebuah tandas tertentu, tangan kirinya akan berasa lenguh dan sengal, seolah-olah dicengkam sesuatu.

BAU HANYIR

Ketika Naddy.Ned sedang mengemas kawasan umum secara bersendirian sekitar jam 3 pagi, satu bunyi burung yang kuat dan menyeramkan tiba-tiba kedengaran dari arah hadapannya.

Burung tersebut pernah berbunyi pada hari pertama mereka berkhemah, namun bunyi yang muncul pada hari kedua itu kedengaran lebih lantang dan mengundang rasa tidak sedap hati.

“Rasa macam berdepan je dengan tempat yang aku tengah duduk menghadap . Hmmm masa itu aku terus tunduk jelah pandang pinggan mangkuk yang aku susun dan lap (sebab hujan malam tu).

“Tak berani nak dongak ke atas pun . Bila dah balik daripada tempat camping, barulah kami suami isteri buka cerita pasal ni,” ujarnya.

Keesokan paginya, dia mendapati terdapat kesan lebam pada kakinya sesuatu yang menurutnya biasa berlaku setiap kali dia mengalami gangguan mistik. Lebam itu dianggap sebagai tanda sokongan kepada firasatnya tentang apa yang berlaku pada malam sebelumnya.

Walaupun pengalaman itu agak menyeramkan, dia tetap bersyukur kerana program perkhemahan berjaya dilaksanakan dengan baik dan semua peserta pulang dengan selamat.

Baca juga: Jalan Simpang Pulai Ke Cameron Highlands Risiko Tanah Runtuh, Hati-Hati Bila Pergi Bercuti!

Sumber: Threads

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×