Siapa kata batik hanya untuk majlis rasmi? Kali ini, Harian Metro tampil dengan kelainan melalui acara Batik Run Harian Metro 2025! Larian santai ini akan menggabungkan gaya hidup aktif dengan elemen budaya tempatan.
Bertemakan batik sebagai simbol warisan, acara ini bukan sekadar aktiviti fizikal, tetapi juga satu usaha untuk mendekatkan pembaca dengan akhbar kesayangan mereka dalam suasana santai, penuh warna dan kekeluargaan.
Baca juga: Lapar Tapi Nak Sihat? Ini 9 Senarai Mi Segera Tanpa MSG Ada Jual Di Pasaran, Wajib Cuba!
HARIAN METRO ANJUR ACARA BATIK RUN 2025 DI DATARAN DBKL

Pengurus Besar Jabatan Pengedaran (PTSB), Prakash Munusamy, menjelaskan bahawa tema batik dipilih sebagai identiti utama acara ini untuk memberi nafas baharu dan moden kepada warisan budaya, selain memperkenalkannya dalam suasana lebih santai dan kontemporari.
“Selalunya, batik dikaitkan dengan acara rasmi atau pakaian tradisional. Tapi kali ini, kita bawa batik ke ruang yang berbeza iaitu dunia riadah dan gaya hidup sihat. Kita mahu ubah cara orang melihat batik, biar ia lebih dekat dengan generasi masa kini,” katanya.
Beliau turut menyatakan bahawa penganjuran program seperti ini mampu menjadi pencetus kepada pelbagai lagi acara menarik untuk pembaca, seperti yang pernah diadakan di bawah jenama Arena Metro sebelum ini.
“Kita nak hidupkan kembali semangat itu, tetapi dalam bentuk yang lebih santai, ceria dan sesuai untuk seluruh keluarga,” tambahnya.
NAK IKUT SERTA? BAYARAN RM45 SAHAJA

Batik Run Harian Metro 2025 dijadual berlangsung pada 29 Jun di Dataran DBKL, Kuala Lumpur, dengan bayaran penyertaan serendah RM45. Acara ini menjanjikan pelbagai keistimewaan termasuk perlindungan insurans untuk peserta, t-shirt bercorak batik, pingat penyertaan, e-sijil, minuman tenaga percuma sepanjang larian dan juga beg cenderamata eksklusif.
“Kita mahu peserta rasa berbaloi. Walaupun yuran rendah, mereka tetap dapat nikmati pengalaman yang lengkap, seronok dan bermakna. Konsepnya mudah — datang, berlari santai dan luangkan masa berkualiti bersama keluarga,” ujar Prakash lagi.
Orang ramai yang berminat boleh mendaftar melalui laman sesawang www.ticket2u.com.my. Harian Metro menyasarkan penyertaan antara 1,000 hingga 1,500 peserta untuk acara istimewa ini.
Baca juga: Doktor Saran Lelaki Jangan Takut Makan Daging Merah, Rupanya Rahsia Hormon ‘Steady’…Otot Tegap!
Sumber: Harian Metro
