Euforia Bola 2026
Deko & Hias

10 Barang Rumah Ini DILARANG Letak Atas Peti Sejuk, No. 8 Paling Ramai Suka Kumpul & Biarkan!

barang rumah

Ramai orang suka jadikan bahagian atas peti ais sebagai tempat simpan barang rumah. Tapi, ada sesetengah barang yang sebenarnya tak sesuai diletakkan di situ kerana boleh rosakkan kualiti barang, bahayakan keselamatan, dan ganggu fungsi peti sejuk.

Anda mungkin tersenarai dalam salah seorang yang sering meletakkan antara 10 barang yang tak sepatutnya ini di atas peti ais rumah. BAHAYA!

Baca juga: Awas! Ini 9 Jenis Perabot Dikatakan Jadi ‘Sarang Setan’ & Tenaga Negatif Dalam Rumah

10 Barang Rumah Yang Tak Patut Diletak di Atas Peti Ais, Ramai Tak Tahu Bahayanya!

barang rumah

Foto: freepik

1. Minyak Masak

Minyak sangat sensitif pada haba dan cahaya. Panas dari atas peti ais boleh ubah rasa minyak, buat ia cepat tengik dan tak sedap digunakan lagi.

2. Roti

Letak roti di atas peti ais boleh buat teksturnya cepat berubah. Haba boleh menyebabkan wap dalam plastik, dan ini mempercepatkan pembiakan kulat.

3. Keropok atau Snek Rangup

Keropok akan cepat lemau kalau disimpan di tempat panas seperti atas peti ais. Minyak dalam keropok juga boleh rosak, menyebabkan rasa jadi tak sedap.

4. Minuman Beralkohol

Walaupun tiada di rumah orang beragama Islam, bagi yang menyimpan, haba dari peti ais boleh rosakkan rasa dan kurangkan ketahanan botol.

5. Bahan Pencuci

Barang pencuci seperti peluntur, cecair pembersih, atau aerosol tak sesuai disimpan atas peti ais. Panas boleh menyebabkan reaksi kimia yang berbahaya.

6. Barang Berat

Elakkan letak barang berat seperti bekas air, periuk nasi atau timbunan buku di atas peti ais. Ia boleh menekan dan menyebabkan permukaan renyuk, atau lebih bahaya…jatuh atas kepala orang!

7. Ketuhar Gelombang Mikro & Pemanggang Roti

Kedua-dua alat ini juga hasilkan haba dan perlukan ruang pengudaraan. Letak atas peti ais akan ganggu sistem panas dan boleh rosakkan kedua-duanya.

8. Bekas Plastik Kosong

Walaupun nampak ringan dan selamat, haba dari peti ais boleh buat bekas plastik berubah bentuk atau retak, terutama yang jenis murah.

9. Barang Mudah Terbakar

Jauhkan lilin, pemetik api, atau bahan kimia dari atas peti ais. Kalau terkena haba dari motor peti ais, boleh cetuskan kebakaran.

10. Ubat-Ubatan

Ubat perlu disimpan dalam ruang yang suhunya stabil. Haba dari peti ais boleh jejaskan keberkesanan ubat dan mungkin membahayakan jika diambil.

barang rumah

Foto: freepik

Kesimpulannya, atas peti ais bukan tempat simpan barang sebarangan. Elakkan guna ruang itu untuk letak barang yang boleh rosak, cair, atau membahayakan. Peti sejuk tahan lebih lama kalau digunakan dengan betul dan rumah pun jadi lebih selamat dan teratur!

Baca juga: Ustaz Kongsi Tanda Rumah Ada Hantu Raya Yang Anda Tak Sedar, Nombor 8 Meremang!

Sumber: Detik.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×