Euforia Bola 2026
Famili

“Level Perfectionist!”- Dari Bekas Hingga Aircond Siap Berlabel & Tarikh Servis Dicatat, Habit Bapa Mentua Ini Raih Pujian

label barang

Perkongsian seorang wanita di media sosial baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila mendedahkan rutin unik bapa mentuanya yang gemar label barang di rumah.

Menerusi perkongsian oleh Shuhada Sukri, dia berkongsi bagaimana sikap teliti bapa mertuanya itu bukan sahaja menghiburkan, malah memberi manfaat dalam urusan harian seisi keluarga.

Baca juga: Hati-Hati Pilih Nama Anak! Ustaz Dzulkhairi Perjelas Kekeliruan ‘Raisya’ vs ‘Raisa’, Rupa-Rupanya Maksud Jauh Berbeza

LABEL BARANG DI RUMAH, HABIT BAPA MENTUA INI DPUJI UNIK

LABEL BARANG

Menurutnya, bapa mentuanya mempunyai tabiat melabel pelbagai jenis barangan di rumah, termasuk bekas simpanan, peralatan dan barangan kegunaan harian.

“Rumah abah mentua saya, semua benda dalam rumah ada label ada tarikh senang nak track semua benda,” jelasnya.

Lebih menarik, setiap label tersebut bukan sekadar penanda biasa, tetapi turut disertakan dengan maklumat penting seperti tarikh pembelian, kegunaan serta jadual penyelenggaraan.

Perkara ini secara tidak langsung menunjukkan tahap ketelitian yang tinggi dalam menguruskan barang dan memastikan semuanya berada dalam keadaan teratur.

Difahamkan, sikap tersebut bukanlah sesuatu yang mengejutkan memandangkan bapa mertuanya itu pernah bekerja sebagai pembantu tadbir sebelum bersara.

Anaknya sendiri mengakui bahawa bapanya sememangnya seorang yang sistematik dan teratur dalam melakukan setiap perkara, termasuk hal-hal kecil di rumah.

Pengalaman dalam bidang pentadbiran dipercayai membentuk kebiasaan bapa mentuanya memastikan setiap perkara direkod dan disusun dengan baik.

LABEL BARANG

Satu lagi perkara yang mencuit hati ialah cara penulisan label tersebut yang menggunakan ejaan bahasa Inggeris tetapi dalam gaya sebutan Melayu.

Walaupun ada kalanya sukar difahami, ia tetap menjadi identiti tersendiri yang menambahkan keunikan kepada rutin hariannya.

Perkara ini turut mengundang reaksi pelbagai daripada warganet yang rata-rata terhibur dengan kreativiti tersebut.

Dalam pada itu, Shuhada turut berkongsi bahawa amalan melabel ini sebenarnya sangat membantu, terutamanya dalam hal penyelenggaraan peralatan rumah.

Sebagai contoh, juruteknik pendingin hawa yang datang melakukan servis juga memuji usaha tersebut kerana memudahkan mereka mengetahui tarikh servis terakhir hanya dengan melihat label yang ditampal.

Mengakhiri perkongsiannya, Shuhada berseloroh bahawa hanya anak-anak sahaja yang tidak dilabel oleh bapa mentuanya itu.

Walaupun kelihatan lucu,dia mengakui sikap tersebut sebenarnya banyak memberi kebaikan dalam memastikan rumah sentiasa terurus.

Baca juga: Hati-Hati Pilih Nama Anak! Ustaz Dzulkhairi Perjelas Kekeliruan ‘Raisya’ vs ‘Raisa’, Rupa-Rupanya Maksud Jauh Berbeza

Sumber: Threads Shuhada.Sukri

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×