Euforia Bola 2026
Suami Isteri

Petua Dalaman Orang Tua Dulu-Dulu Agar Wanita Cepat ‘Berair’, Confirm Suami Tak Cari Lain!

banyak air ketika bersama

Ramai wanita mengimpikan pengalaman yang lebih selesa, romantik dan menyenangkan ketika bersama suami. Salah satu faktor penting yang sering dipandang ringan ialah keupayaan badan menghasilkan ‘banyak air ketika bersama’.

Kekeringan bukan sahaja boleh menyebabkan rasa tidak selesa, malah boleh menjejaskan keharmonian hubungan suami isteri. Petua banyak air ketika bersama seperti orang lama ini boleh dicuba untk meningkatkan kelembapan dalaman secara semula jadi dan menyokong kesihatan wanita dari dalam.

Baca juga: Kekerapan Hubungan Seksual Mengikut Umur, Ini Sebab Kenapa Makin Berusia Makin Berubah

PETUA UNTUK ISTERI BANYAK AIR KETIKA BERSAMA, BARU SYOK

BANYAK AIR KETIKA BERSAMA

Freepik

Berikut adalah 7 petua tradisional yang dipercayai boleh membantu wanita tampil lebih sihat, segar dan ‘berair’ secara semula jadi.

1. Air rebusan halia dan madu

Rebus tiga ruas halia yang telah diketuk bersama segelas air. Setelah suam, campurkan satu sudu madu asli. Minum 2 hingga 3 kali seminggu. Ia membantu memanaskan badan, melancarkan peredaran darah dan merangsang penghasilan pelincir semula jadi badan.

2. Rendaman kismis dan kurma ajwa

Rendam 21 biji kismis dan 7 biji kurma Ajwa semalaman. Esoknya, kisar bersama air rendaman dan minum. Amalan ini memberikan tenaga lembut dan menyuburkan dalaman wanita.

3. Minyak kelapa dara setiap pagi

Ambil satu sudu minyak kelapa dara setiap pagi. Ia baik untuk keseimbangan hormon dan mengekalkan kelembapan dalaman secara konsisten.

4. Jus nanas dan madu

Kisar nanas masak yang manis bersama sedikit madu. Minum seminggu sekali. Orang lama percaya jus ini membantu menyegarkan tubuh dan menjadikan badan lebih mudah ‘berair’.

BANYAK AIR KETIKA BERSAMA

Freepik

5. Air lmau nipis dan daun pudina

Perah limau nipis ke dalam segelas air sejuk dan tambahkan beberapa helai daun pudina. Minum ketika cuaca panas untuk menyegarkan tubuh dan memberi kesan positif kepada dalaman wanita.

6. Mandian bunga-bungaan tradisional

Campurkan bunga kenanga, bunga melur dan daun pandan dalam air suam untuk mandian. Haruman lembut dan suasana tenang ini dikatakan mampu merangsang mood romantik dan meningkatkan keyakinan diri.

7. Susu kambing dan kurma merah

Campur susu kambing suam dengan kurma merah kering yang direbus lembut. Minum dua kali seminggu untuk menyihatkan rahim dan membantu sistem dalaman wanita berfungsi lebih baik.

Petua ini adalah amalan tradisional yang diamalkan turun-temurun. Untuk kesihatan berpanjangan, sebaiknya digabungkan dengan gaya hidup sihat, pemakanan seimbang serta nasihat profesional daripada pakar kesihatan.

Baca juga: 6 Posisi Seks ‘Rahsia’ Boleh Bantu Elak Hamil, Tak Payah Makan Pil Perancang Pun!

Sumber: TikTok

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×