Bantuan Musim Tengkujuh 2025 bertujuan untuk membantu pekebun kecil dan penoreh getah di negara ini ketika menghadapi masalah kewangan pada musim tengkujuh.
Keadaan cuaca yang tidak menentu menyebabkan hasil getah menurun sekali gus menjejaskan pendapatan harian. Jadi, sebagai langkah sokongan, kerajaan melalui RISDA melakukan inisiatif Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) ini.
Baca juga: KKM Pertimbangkan Tambah Buah & Sayur Untuk Bantuan SARA, “Baru Hidup Rakyat Berubah…”
BANTUAN MUSIM TENGKUJUH 2025 DIBUKA, BOLEH DAPAT RM800

BMT merupakan satu bantuan kewangan khas yang disediakan kepada pekebun kecil dan penoreh getah berdaftar di bawah RISDA. Tujuannya untuk mengurangkan beban pendapatan yang terjejas akibat cuaca buruk yang menghalang aktiviti menoreh.
Kelayakan Bantuan Musim Tengkujuh 2025 adalah seperti berikut:
– Warganegara Malaysia.
– Berdaftar sebagai pekebun kecil atau penoreh getah di bawah RISDA.
– Bagi pekebun kecil: Memiliki tanah tanaman getah seluas antara 0.1 hingga 4.0 hektar.
– Bagi penoreh: Wajib berdaftar dan mempunyai Kad PAT-G yang masih sah serta menoreh di atas lot getah yang sama.
– Hanya satu individu boleh menerima bantuan untuk setiap lot – sama ada pemilik atau penoreh.
– Akaun bank pemohon perlu aktif dan didaftarkan atas nama sendiri.
– Dokumen yang diperlukan termasuk:
- Salinan kad pengenalan
- Salinan geran tanah atau surat pengesahan pemilik
- Penyata akaun bank
- Kad PAT-G (untuk penoreh)
Permohonan untuk BMT tahun 2025 boleh dikemukakan bermula 1 Jun hingga 31 Oktober 2025. Dua cara utama permohonan adalah:
1. Secara dalam talian melalui Portal Pekebun Kecil RISDA.
2. Secara manual dengan hadir ke pejabat RISDA negeri atau daerah yang berdekatan.
Penoreh perlu memastikan mereka memohon berdasarkan lokasi sebenar lot yang ditoreh. Pastikan juga semua maklumat peribadi dan butiran tanah telah dikemas kini dalam sistem RISDA sebelum menghantar permohonan.

Langkah permohonan adalah ringkas:
- Isi borang atas talian
- Muat naik dokumen diperlukan
- Hantar permohonan sebelum tarikh tutup
Pihak RISDA akan menjalankan proses tapisan dan semakan rekod sebelum kelulusan diberikan.
Status permohonan boleh diperiksa secara atas talian di portal rasmi RISDA. Anda hanya perlu masukkan nombor MyKad untuk mengetahui status terkini, sama ada permohonan sedang diproses, diluluskan atau ditolak.
Jika anda menghadapi sebarang isu atau tidak dapat menyemak secara dalam talian, hubungi terus pejabat RISDA berhampiran untuk bantuan lanjut.
Jumlah bayaran BMT 2025
Kadar bantuan yang ditetapkan bagi tahun 2025 adalah RM800 untuk setiap penerima yang layak. Bayaran ini akan dibuat secara ansuran dalam empat fasa:
- November 2025 RM200
- Disember 2025 RM200
- Januari 2026 RM200
- Februari 2026 RM200
Kesemua bayaran akan disalurkan terus ke akaun bank penerima melalui sistem pemindahan dana elektronik (EFT). Tiada keperluan untuk hadir ke pejabat bagi mengambil bayaran secara tunai.
BMT bukan sahaja membantu dari segi kewangan, malah mengiktiraf peranan signifikan pekebun kecil dalam menjana hasil industri getah negara.
Dalam waktu pendapatan tidak menentu, bantuan ini membantu golongan sasaran untuk terus menguruskan keperluan asas serta penyelenggaraan kebun.
Baca juga: Tukar Cip MyKad Rosak Secara Percuma Bermula Hari Ini (23 September) – JPN
Sumber: RISDA
