Menerusi hantaran di laman Facebook milik Padaedi Sandakan, dia ada berkongsikan satu kisah menyayat hati di tentang mualaf anak empat yang hidup dalam keadaan daif.
Menurutnya, seorang lelaki mualaf yang dikenali sebagai Muhammad Syawal Yang Abdulullah baru kehilangan isteri tercinta pada ramadan ketiga lalu.
Baca juga: Senarai Penuh Mesin ATM CIMB Boleh Tukar Duit Raya, Bermula 17 Hingga 31 Mac 2025
MUALAF ANAK EMPAT TINGGAL DI BILIK, ISTERI MENINGGAL AWAL RAMADAN

Kehilangan insan tersayang itu membuatkan kehidupan dia dan anak ‘lumpuh’ apabila dia tidak dapat keluar bekerja sejak Januari lalu berikutan anaknya yang masih kecil.
Lebih menyedihkan, mereka terpaksa tinggal dalam sebuah bilik yang bukan sahaja dijadikan tempat tidur tetapi juga digunakan untuk memasak.
“Ramadan ke 23, selesai solat terawih sekitar jam 9 saya dan team datang melawat seorang uncle mualaf namanya Tang Ho Huat atau nama islamnya (Muhammad Syawal Yang Abdulullah) berasal dari Pulau Pinang berusia 55 tahun.
“Uncle Syawal baru kematian isteri ramadan ketiga yang lalu, sekarang uncle Syawal hidup bersama 4 orang anak dan menyewa di bilik sewa diperumahan Sim Sim. Dia sudah menetap di Sabah selama 10 tahun” ujar Padaedi menerusi perkongsian itu.
Difahamkan, mualaf anak empat itu sebelum ini bekerja sebagai tukang bungkus ikan dan udang, namun terpaksa berhenti kerana perlu menjaga anak-anaknya yang berusia antara empat hingga sembilan tahun.
Kedatangan Padaedi bertujuan untuk memberikan sumbangan kepada anak-anak kecil tersebut bagi meringankan beban Pakcik Syawal.

“Uncle Syawal yang sebelum ini bekerja sebagai tukang bungkus ikan dan udang sudah 3 bulan tidak bekerja, Dilema uncle Syawal selepas kematian isterinya sekarang mahu cari kerja tetapi ada anak anak kecil yang harus dijaga.
Malam ini kami membawa bakul makanan yang disumbangkan daripada Tadika Little Caliph. Semoga sumbangan kecil ini dapat meringankan sedikit beban Uncle Syawal dan semoga ada rezeki uncle dan anak-anaknya untuk dapat baju raya seperti keluarga lain,” jelasnya.
*Diharapkan agar semua urusan pakcik ini dipermudahkan.
Baca juga: Tak Mampu Bagi Duit Raya Maka Tak Payah Bagi, Jangan Mengumpat Bila Anak Dapat RM 2!
Sumber: Facebook Padaedi Sandakan
