Euforia Bola 2026
Famili

Bantuan Khas Kewangan Untuk Penjawat Awam & Pesara, Mula Dibayar Pada 25 Februari Ini

bantuan khas kewangan

Dalam pembentangan Belanjawan Tahun 2025 sebelum ini, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim ada mengumumkan mengenai Bantuan Khas Kewangan (BKK) kepada penjawat awam dan pesara.

Bantuan sebanyak RM500 dan RM250 mengikut kategori yang ditetapkan itu akan diberikan kepada yang layak pada Selasa, 25 Februari ini.

Baca juga: Perlaksanaan Gaji Minimum RM1700 Berkuat Kuasa Esok, 4.37 Juta Pekerja Akan Naik Gaji!

BANTUAN KHAS KEWANGAN TAHUN 2025 DIBAYAR 25 FEBRUARI INI

BANTUAN KHAS KEWANGAN

Kredit: Berita Harian

BKK Tahun 2025 dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Gred 15 dan ke bawah yang dilantik secara tetap, sementara, Contract of Service dengan syarat pegawai masih berkhidmat pada 25 Februari 2025.

BKK turut layak diberikan kepada:

– Pegawai yang bercuti bergaji penuh.

– Pegawai yang bercuti separuh gaji.

– Pegawai yang bercuti tanpa gaji.

– Pegawai yang dipinjamkan/ditukar sementara termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya.

– Guru interim.

– Pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai Gred Utama B dan ke atas, serta Gred Khas A dan ke atas yang layak pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya.

–  Pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran, Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman.

BKK juga dibayar kepada Personel MySTEP dengan syarat telah dilantik sebelum 25 Februari 2025 dan masih berkhidmat pada 25 Februari 2025.

Selain itu, bantuan sebanyak RM250 juga diberikan kepada pesara Kerajaan termasuk:

  • Pesara berpencen
  • Penerima pencen terbitan
  • Pesara KWSP yang bersara mengikut umur persaraan wajib
  • Pesara bersara pilihan dan belum menerima pencen
  • Veteran berpencen
  • Veteran tidak berpencen

Pemberian Bantuan Khas Kewangan ini akan dikecualikan cukai pendapatan selaras dengan peruntukan di bawah subseksyen 127(3) Akta Cukai Pendapatan 1967.

Sebarang maklumat lanjut, boleh klik laman sesawang ini. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Senarai Lengkap Kedai MyKasih Setiap Negeri Untuk Guna Bantuan SARA 2025

Sumber & imej: Jabatan Perkhidmatan Awam

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×