Euforia Bola 2026
Didik

Ramai Pelajar Tarik Nafas Lega Terutamanya Mahasiswa Sabah, Subsidi FlySiswa Diperluas Dengan Bantuan Tiket RM400

bantuan flysiswa

Bantuan FLYsiswa antara inisiatif yang diperkenalkan kerajaan bagi membantu meringankan kos tiket penerbangan mahasiswa Sabah yang menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT).

Bagi mereka, kos untuk pulang ke kampung halaman sering menjadi beban, terutamanya ketika musim cuti atau perayaan.

Baca juga: [TERKINI] Permohonan UPUOnline Lepasan SPM Dilanjutkan Sehingga 12 April Ini!

BANTUAN FLYSISWA RINGANKAN BEBAN TIKET MAHASISWA SABAH

bantuan flysiswa

Foto: Instagram @komunikasi_gov

Melalui kerjasama kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan, beberapa program subsidi tiket penerbangan telah diperkenalkan bagi membantu mahasiswa Sabah yang berada di luar negeri.

Antara inisiatif yang disediakan ialah Graduan Rindu Sabah Subsidi Tiket Penerbangan (GRS/SUBFLY), Sumbangan Mahasiswa Pengajian Tinggi Dalam Sabah (SENTOSA) serta FLYsiswa.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Armizan Mohd Ali, program GRS/SUBFLY yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Sabah pada tahun 2024 menyediakan subsidi tiket penerbangan sebanyak RM600 kepada mahasiswa Sabah yang menuntut di Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Bagi tahun 2025, seramai 19,505 pelajar IPT telah menerima manfaat daripada program ini dengan jumlah perbelanjaan keseluruhan sebanyak RM11.7 juta.

bantuan flysiswa

Foto: Facebook Sabah Media

Selain itu, kerajaan negeri turut memperkenalkan bantuan SENTOSA, iaitu sumbangan RM300 secara one-off sebagai subsidi pengangkutan kepada mahasiswa yang menuntut di IPT dalam negeri Sabah.

Untuk tahun 2025, seramai 22,649 pelajar menerima manfaat daripada bantuan ini dengan jumlah peruntukan keseluruhan sebanyak RM6.79 juta.

Dalam masa yang sama, kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pengangkutan Malaysia turut melaksanakan program FLYsiswa sejak tahun 2023 bagi membantu pelajar universiti awam, politeknik, kolej komuniti, kolej matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG).

FLYSISWA DINAIKKAN KEPADA RM400 BERMULA TAHUN 2025

Menariknya, bermula tahun 2025, nilai baucar digital FLYsiswa telah dinaikkan kepada RM400, berbanding RM300 sebelum ini.

Bagi tahun ini, seramai 25,289 mahasiswa Sabah menerima manfaat program tersebut, melibatkan:

  • 18,335 pelajar yang menuntut di Semenanjung Malaysia
  • 3,751 pelajar di Sarawak
  • 3,203 pelajar di Wilayah Persekutuan Labuan

Menurut Armizan lagi, pelaksanaan pelbagai bantuan ini menunjukkan usaha bersama kerajaan dalam membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat, khususnya bagi mahasiswa yang perlu menanggung kos perjalanan udara yang tinggi.

Dengan adanya bantuan seperti ini, mahasiswa Sabah kini mempunyai lebih banyak peluang untuk pulang ke kampung halaman tanpa perlu terlalu risau tentang kos tiket penerbangan yang mahal.

Baca juga: 4 Subjek Ini WAJIB Kena Skor Sebagai Penentu Masa Depan, Pelajar SPM 2025 Kena Ambil Serius!

Sumber: Sinar Harian 

FT Images: Facebook Sabah Media

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×