Baju sekolah anak antara pakaian yang paling kerap digunakan dan perlu dicuci hampir setiap hari. Disebabkan itu, baju putih mudah kelihatan kusam, lebam atau kehilangan warna asalnya terutama jika tidak dijaga dengan cara yang betul.
Hal ini sama seperti yang dialami oleh seorang ibu bernama Aten Alwani dan dia meminta beberapa tips daripada ibu-ibu di luar sana untuk masalah berkenaan.
Baca juga: Kera Hancurkan Kebun Lagi? Cuba 20 Trik Ini Sebelum Tanaman Lesap, Pasti Tak ‘Jejak’ Dah!
BAJU SEKOLAH ANAK JADI LEBAM? CUBA CARA UNTUK SELAMATKANNYA

Assalamualaikum mak-mak yang memahami. Baju sekolah anak darjah 1 dah bertukar color jadi macam lebam. Saya dah cuba rendam dengan sabun viral dan air panas. Ada cara ke untuk jadikan dia macam baru? Berbeza sungguh dengan baju baru beli sebelah tu. Kalau tak boleh diselamatkan, apa langkah untuk elak baju jadi lebam macam ini?
Persoalan seorang ibu dibanjiri komen warga Facebook yang memberikan tips agar baju putih kekal ‘cerah’ dan tidak lebam.
1. Semasa mencuci, jangan campurkan dengan baju berwarna. Masukkan ke dalam mesin basuh pun perlu diasingkan semua baju putih.
2. Bagi saya, cucian tangan adalah pilihan terbaik untuk baju sekolah yang berwarna cerah seperti putih, krim dan seumpamanya. Bila masuk mesin basuh, baju mudah menyerap warna lain yang lebih gelap walaupun kita guna helaian ‘color catcher’. Warna baju sekolah tidak akan kusam atau lebam kalau dibasuh secara berasingan. Pastikan direndam mengikut warna yang sama.
3. Saya gunakan sabun Ros dan sabun Cempaka, hasilnya boleh tahan cuma tak secantik baju baru. Biasanya saya rendam dalam 2 hari. Anak saya baru Darjah 1, pening tengok keadaan baju setiap kali balik sekolah.
4. Membasuh baju putih wajib diasingkan daripada pakaian lain. Bilasan terakhir, saya campurkan sedikit bancuhan kanji dan kemudian jemur di tempat yang panas. Bila digosok, baju akan kelihatan licin dan saiznya tahan lama.
5. Setiap kali basuh pakaian putih, saya akan tambah sedikit soda bikarbonat. Kalau ada kesan kuning, basuh berulang kali guna cara ini, lama-lama kesan kuning akan hilang juga.

6. Sagat sabun mandi buku (apa-apa jenama seperti Lux atau May), guna penyagat dapur. Rendam bersama baju semalaman. Ulang beberapa kali sehingga baju kembali putih. Sabun itu saja yang saya guna untuk baju sekolah anak-anak. Kalau nak lebih putih, boleh rendam dalam air panas cuma risiko baju jadi berkedut degil. Nak hilangkan kedut tu, kena guna seterika wap dan tekan lama-lama. Paling penting, jangan campur baju putih dengan baju berwarna.
7. Basuh dengan sabun Labour (yang warna kuning). Lepas tu rendam semalaman dengan sabun Kao Attack White. Esoknya, buang air rendaman dan bilas bersih. Kemudian rendam lagi sekali dengan sabun Kao Attack White. InshaAllah akan nampak perubahan.
8. Cuba guna sodium percarbonate. Saya beli di Shopee, dalam lingkungan RM11–13 untuk 1kg. Cara saya: letakkan baju dalam besen, basahkan sedikit, taburkan sabun terus ke atas baju, kemudian siram dengan air panas mendidih. Ulang proses ni 2–3 kali kalau kotoran masih belum hilang. Alhamdulillah, puas hati. Baju yang lebam dan kusam bertahun-tahun pun nampak beza. Cuma kena rajin dan konsisten ulang rendaman.
Semoga bermanfaat!
Baca juga: Tak Sangka Boleh Servis Aircond Rumah Guna Remote Je, Jimat Duit Tak Payah Panggil Orang!
Sumber: Facebook
