Bagi sesetengah keluarga, memasak setiap hari boleh jadi cabaran dari segi masa, tenaga dan bajet. Justeru itu, seorang isteri telah berkongsi cara bijak dia dan suami susun menu sebulan untuk Februari yang sekaligus elak pembaziran dan jimat wang.
Menurutnya, dengan bajet RM400 mereka berjaya beli 8 jenis lauk untuk sebulan dengan kos hanya RM241!
Baca juga: Resipi Mudah Buat Pekasam Daging, Dah Boleh Buat Sekarang Untuk Stok Lauk Ramadan!
BAJET MENU SEBULAN YANG MENJIMATKAN!

Gambar Threads @solehahshafiri: Antara senarai barang yang dibeli pasangan ini untuk menu bulan Februari dengan RM241.
Caranya mudah iaitu dengan duduk bincang bersama, rancang menu dan beli terus semua bahan.
Berikut senarai lauk sebulan yang dibeli pasangan ini:
- 5 ekor ayam – RM87
- Tulang rusuk lembu 2kg
- Daging + lemak 500g – RM71 (tulang + daging)
- Ikan kembong 4 ekor – RM8
- Ikan siakap 3 ekor saiz M – RM38
- Ikan bawal emas – RM19
- Udang 10 ekor – RM7
- Sotong 6 ekor – RM11
Semua bahan dibasuh, diasingkan dan dilabel ikut menu supaya bila masak, boleh ambil terus. Cara ini memudahkan sesiapa sahaja yang sibuk, terutamanya keluarga besar.
Baca juga: 7 Tips Hangatkan Hubungan Suami Isteri, Tak Perlu Belanja Mewah, Pasangan Tetap Jatuh Cinta!

Gambar: Threads @solehahshafiri
Warga maya yang membaca perkongsian ini memberi komen positif:
- “Discuss sambil meniarap tu, sikit lagi boleh tidur. Gurau-gurau. Jangan delete ya sis, untuk kegunaan masa depan. Hehe thank you.”
- “Saya suka partner yang boleh ajak bincang macam ni. Bukan yang lepas tangan dan humban semua kerja sorang-sorang.”
Tips susun menu sebulan
- Rancang bajet awal – tetapkan berapa banyak wang untuk sebulan supaya pembelian lebih fokus.
- Beli bahan asas dan pelbagai – ayam, daging, ikan, udang dan sotong supaya variasi lauk.
- Asingkan dan label – simpan dalam bekas ikut menu supaya senang ambil dan masak.
- Masak sekali untuk beberapa hari – masak 4 jam untuk seminggu, simpan dalam bekas yang boleh microwave.
- Libatkan semua ahli keluarga – suami dan isteri bantu sama-sama, dari membeli barang sampai menyediakan lauk.
Pendek kata, menu sebulan bukan sahaja jimat wang, malah menjimatkan masa dan tenaga, serta memudahkan rutin harian keluarga yang sibuk. Strategi ini sesuai untuk semua keluarga, terutamanya yang ada anak membesar dan makan banyak.
Baca juga: 7 Punca Suami Isteri Bergaduh Boleh Bawa Bercerai, No. 2 Jangan Sesekali Buat!
Sumber: Threads @solehahshafiri
FT Image: Threads @solehahshafiri
