Minggu lalu, kita dikejutkan dengan insiden tragis di Ohio, Amerika Syarikat yang membuka mata banyak pihak apabila seorang lelaki berusia 41 tahun, James Stewart, meninggal dunia selepas mengalami sembelit teruk yang luar biasa.
Tahap luar biasa adalah sehingga 8.9 kilogram najis tersumbat di dalam ususnya. Ini memang menyeramkan!
Baca juga: Setiap Malam Kentut Macam ‘Melepas Bom’, Ingatkan Normal Rupanya Badan Cuba Beri Amaran!
BAHAYA ALAMI SEMBELIT TERUK, WANITA KONGSI KISAH ABANG MENINGGAL DUNIA

Foto: freepik
Menurut laporan, Stewart tidak membuang air besar hampir sebulan, namun pusat jagaan yang menguruskan keadaan kesihatannya didakwa gagal memantau simptom bahaya yang ditunjukkan. Ekoran itu, keluarganya kini memfailkan saman kecuaian, dengan mendakwa bahawa kematian tersebut sebenarnya boleh dielakkan sekiranya rawatan segera diberikan pada waktu yang tepat.
Kisah ini turut mengingatkan orang ramai tentang risiko sembelit yang sering dianggap masalah kecil. Lantas, seorang wanita berkongsi pengalamannya di Threads @_missrain mengenai abangnya yang meninggal dunia dalam keadaan hampir sama.
Menurutnya, arwah abangnya pernah pergi ke klinik untuk melakukan X-ray kerana mengalami sembelit berpanjangan. Hasil imbasan menunjukkan najis sudah naik tinggi dalam usus. Walaupun doktor memberikan ubat untuk membantu melancarkan saluran pembuangan, abangnya masih mengadu sakit perut.
Keluarga mereka merancang untuk membawa abangnya ke hospital keesokan harinya, namun takdir menentukan segalanya apabila dia meninggal dunia pada malam tersebut.
“Sejak itu, saya selalu ingatkan kawan-kawan… jangan tahan berak,” tulisnya.
Sembelit Bukan Perkara Remeh

Foto: freepik
Ramai tidak sedar bahawa sembelit yang berlarutan boleh membawa kepada komplikasi serius seperti:
- Penyumbatan usus (obstruction)
- Jangkitan
- Kerosakan organ
- Tekanan pada sistem badan sehingga menyebabkan kematian
Kisah Stewart dan perkongsian pengguna Threads ini menjadi peringatan penting supaya kita lebih peka terhadap kesihatan sendiri, terutama apabila perubahan kecil pada tubuh berlaku dalam tempoh yang panjang.
Sebab itulah ada netizen yang meninggalkan komen bahawa, jangan marah kalau kawan atau pasangan asyik membuang air besar kerana ini merupakan ‘pelaburan’ yang sihat!
Baca juga: Ramai Terkejut! Ini Sebab Hospital LARANG Pelawat Bawa Bunga Segar Untuk Pesakit Terutamanya Kanser
Sumber: Harian Metro, Threads @_missrain
