Euforia Bola 2026
Sihat

Setiap Teguk Minuman Panas Dalam Cawan Kertas Ada ‘Racun’? Kajian Dedah Tingkat Risiko Kanser!

cawan kertas

Selama ini, cawan kertas sering dianggap pilihan lebih selamat dan mesra alam berbanding plastik, terutamanya untuk mengisi minuman panas seperti kopi atau teh.

Namun, kajian mendapati penggunaan cawan kertas sebenarnya boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan tanpa disedari.

Baca juga: Air Garam Bukan Petua Omong Kosong Merawat Selesema & Sakit Tekak, Ia Disokong Sains Sebenar!

MINUMAN AIR PANAS DALAM CAWAN KERTAS

cawan kertas

Gambar: Getty Images/SolStock

Apabila digunakan untuk air panas, cawan kertas berpotensi melepaskan mikroplastik dan bahan toksik ke dalam minuman.

Bayangkan, setiap kali anda menikmati kopi pagi menggunakan cawan pakai buang, ada kemungkinan puluhan ribu zarah halus berbahaya turut diminum bersama.

1. Pelepasan mikroplastik ke air panas

Menurut penyelidikan yang dijalankan oleh Institute of Technology (IIT), India, sebanyak 25,000 partikel mikroplastik boleh dilepaskan ke dalam 100 mililiter air panas hanya dalam tempoh 15 minit.

Kajian menggunakan mikroskop elektron imbasan (SEM) itu turut menemui lebih 10.2 bilion partikel submikron per mililiter, menunjukkan jumlah zarah yang terlalu kecil untuk dilihat dengan mata kasar.

2. Pembebasan ion toksik

Selain mikroplastik, penyelidik turut menemui pembebasan ion toksik seperti fluorida, klorida, sulfat, nitrat serta logam berat berbahaya termasuk plumbum (Pb), kromium (Cr) dan kadmium (Cd) yang berasal daripada lapisan plastik di dalam cawan kertas tersebut.

Zarah-zarah mikroplastik yang terlalu halus ini boleh diserap ke dalam tubuh manusia dan memberi kesan buruk jangka panjang. Antaranya:

  • Mengganggu sistem imun
  • Mencetuskan keradangan kronik
  • Menjejaskan hormon
  • Meningkatkan risiko penyakit serius seperti kerosakan hati, buah pinggang dan kanser

Baca juga: Sekarang Musim Influenza, Buat 6 Cara Ini Bantu Legakan Badan & Cepat Pulih Selain Makan Ubat!

Cawan apa disarankan pakar untuk minuman panas?

Bagi mengelakkan pendedahan kepada bahan berbahaya ini, pakar menyarankan supaya orang ramai menggunakan cawan seramik, kaca atau keluli tahan karat, terutamanya untuk minuman panas. Pilihan ini bukan sahaja lebih selamat, malah boleh digunakan berulang kali.

Sekiranya perlu menggunakan cawan pakai buang, pilihlah produk yang bebas lapisan plastik atau diperbuat daripada bahan biodegradasi asli, bagi memastikan keselamatan diri dan kelestarian alam sekitar.

Baca juga: Kerana Kurap Badan Merenyam Tak Boleh Kawal, Sapu 5 Bahan Semula Jadi Ini Pada Kulit Terus Baik!

Sumber: Kuali.com

FT Image: Jannoon028

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×