Baru-baru ini, tular di media sosial tentang seorang wanita dirawat di unit rawatan rapi (ICU) sebuah hospital selepas makan buah anggur shine muscat.
Wanita itu dilaporkan mengalami simptom seperti sakit kepala, batuk berterusan, sesak nafas dan keletihan selepas memakan buah berkenaan.
Baca juga: “Jaga Anak Autism Memang Ujian Sepanjang Hayat” Ibu Dedah Realiti Sebenar Yang Ramai Tak Tahu
MASUK ICU LEPAS MAKAN BUAH ANGGUR SHINE MUSCAT, JAGA-JAGA
“Mak cik sebelah katil saya di wad baru sahaja keluar dari ICU dua hari lalu disebabkan makan buah anggur shine muscat. Dia kata masa makan tu memang rasa pelik, macam ada rasa ubat. Lepas tu terus rasa sakit kepala, batuk dan badan jadi penat. Sekarang pun masih lemah, waktu malam masih batuk,” tulis individu tersebut.
Walaupun belum dapat dipastikan punca sebenar reaksi tersebut, perkongsian ini wajar dijadikan peringatan kepada orang ramai agar lebih berhati-hati ketika membeli dan memakan buah-buahan import.
Pakar pemakanan menasihatkan supaya semua jenis buah yang dibeli sama ada tempatan mahupun import perlu dibasuh dengan sempurna sebelum dimakan. Ini bagi mengelakkan sisa racun serangga atau bahan kimia yang mungkin masih melekat pada kulit buah.
Buah anggur shine muscan sememangnya popular kerana rasanya yang manis dan teksturnya yang rangup, namun pengguna perlu peka terhadap kebersihan dan sumber buah tersebut sebelum dimakan.
Sebagai langkah berjaga-jaga, elakkan memakan buah yang mempunyai rasa atau bau pelik, dan hentikan segera jika timbul simptom luar biasa selepas memakannya.
Aspek kesihatan wajar diutamakan berbanding mengikut trend pemakanan semasa. Terdapat pelbagai pilihan buah-buahan tempatan yang bukan sahaja enak, tetapi juga lebih segar dan diyakini selamat untuk dimakan setiap hari.
Baca juga: Kesan Kunyit Hilang Sekelip Mata Tanpa Sental, Bekas Bertukar Nampak Macam Baru Beli!
Sumber: Threads
