Euforia Bola 2026
Sihat

Bungkus Laksa & Tomyam Panas Dalam Plastik Ada Risiko Kanser, Kena Pilih Bekas Yang Selamat!

BEKAS BUNGKUS MAKANAN

Bekas bungkus makanan untuk laksa panas, teh tarik atau tomyam yang dibungkus dalam plastik atau polistrin sudah menjadi perkara biasa di kenduri, jamuan pejabat, food fest, dan kedai makan.

Namun, masalah sebenar bukan pada makanan itu sendiri, tetapi cara pembungkusan makanan atau minuman panas yang boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan.

Baca juga: 10 Trik Boleh Guna Bila Anak Sakit, Lebih Cepat Sembuh Bila Guna Bahan Semula Jadi Ini…

BEKAS BUNGKUS MAKANAN LAKSA PANAS/TEH TARIK ADA RISIKO KANSER

BEKAS BUNGKUS MAKANAN

Kredit: Halodoc

Polistrin atau styrofoam tidak direka untuk menahan haba tinggi kerana apabila terkena makanan panas, ia boleh melepaskan styrene ke dalam makanan.

Styrene diklasifikasikan sebagai bahan yang berpotensi karsinogenik (penyebab kanser) sekiranya terdedah secara kerap dan berpanjangan. Oleh itu, penggunaan polistrin untuk makanan panas seharusnya dielakkan bagi mengurangkan risiko kesihatan jangka panjang.

Selain itu, plastik yang bukan BPA-free juga boleh melepaskan bahan kimia berbahaya seperti BPA (Bisphenol A) dan phthalate apabila terkena haba.

Kedua-dua bahan ini dikenali sebagai endocrine disruptors, iaitu bahan yang boleh mengganggu sistem hormon dalam badan. Pendedahan berulang kali kepada bahan kimia ini telah dikaitkan dengan pelbagai masalah kesihatan, termasuk risiko kanser berkaitan hormon seperti kanser payudara dan prostat, masalah kesuburan serta ketidakseimbangan hormon.

Walaupun badan mampu menyingkirkan sebahagian bahan ini, pendedahan berulang melalui makanan dan minuman panas di kenduri atau jamuan boleh membebankan sistem badan dalam jangka masa panjang.

Bagi bayi dan kanak-kanak, adalah penting menggunakan botol dan bekas bungkus makanan yang disahkan selamat dan berkualiti. Plastik murah lebih mudah rosak dan berpotensi melepaskan bahan kimia apabila terdedah kepada haba.

BEKAS BUNGKUS MAKANAN

Cadangan lebih selamat

Beberapa langkah yang boleh diamalkan bagi mengurangkan risiko kesihatan daripada pendedahan bahan kimia dalam plastik dan polistrin termasuk:

– Menggunakan bekas tahan haba seperti kaca, keluli atau seramik untuk makanan dan minuman panas.

– Mengelakkan penggunaan plastik dan polistrin untuk makanan atau minuman panas.

– Mengurangkan pendedahan berulang kepada bahan kimia ini secara sedikit demi sedikit.

Pilihan bekas bungkus makanan hari ini boleh memberi kesan terhadap kesihatan bertahun-tahun kemudian. Dengan membuat keputusan bijak, anda dapat melindungi kesihatan diri dan keluarga dalam jangka panjang.

Baca juga: Makan Banyak Keropok Lekor Tepi Jalan Boleh Buat Anak Kurang Zat, Doktor Ini Jelaskan Risikonya

Sumber: Facebook Oh Ya

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×