Euforia Bola 2026
Sihat

Calar ‘Sikit’ Pada Periuk Masakan Rupanya Boleh Jadi Punca Kanser, Sebab Ada Bahan INI!

bahan kimia teflon

Kajian mendapati berjuta-juta zarah mikroplastik yang sangat halus berkemungkinan keluar daripada kuali dan periuk bersalut dengan bahan kimia Teflon ketika digunakan dalam aktiviti harian memasak.

Menurut kajian dalam jurnal Science of the Total Environment, hanya satu rekahan kecil pada permukaan kuali bersalut Teflon boleh melepaskan kira-kira 9,100 zarah plastik.

Baca juga: Permohonan Kemasukan Tabika & Taska KEMAS Tahun 2026/2027 Dibuka Hingga 31 Ogos 2025

KAJIAN DEDAH BAHAN KIMIA TEFLON BAHAYA, TERUTAMA DI PERIUK

BAHAN KIMIA TEFLON

Para penyelidik, termasuk dari Universiti Flinders di Australia, berkata penemuan ini menunjukkan potensi risiko pendedahan terhadap sisa plastik Teflon dalam aktiviti memasak harian.

Teflon merupakan bahan kimia Polytetrafluoroethylene (PTFE) yang merupakan sejenis polimer sintetik yang diperbuat daripada karbon dan fluorin.

Bahan teflon ini tergolong dalam kumpulan ‘bahan kekal’ atau forever chemicals yang sukar diuraikan secara semula jadi. Ini bermakna ia boleh bertahan lama dalam persekitaran, malah sehingga beberapa generasi.

Menurut penyelidik dari Universiti Newcastle, Australia, lapisan Teflon tergolong dalam kumpulan bahan kimia PFAS (per- dan polifluoroalkil) yang terkenal kerana sifatnya yang tahan terhadap haba, minyak dan air.

Bahan kimia teflon ini turut mengandungi dalam produk komersial seperti alat solek kalis air, buih pemadam api dan pembungkus makanan.

Dalam kajian itu, para saintis turut membuat satu kaedah analisis baharu ya untuk mengenal pasti zarah mikroplastik dan nanoplastik Teflon yang amat kecil.

Hasil kajian mendapati sehingga 2.3 juta zarah terkeluar daripada salutan yang telah rosak semasa proses memasak simulasi.

Menurut Youhong Tang dari Universiti Flinders, yang juga merupakan salah seorang penulis kajian tersebut, penemuan ini menjadi satu peringatan penting agar orang ramai lebih berwaspada dalam memilih peralatan memasak harian.

Beberapa penyelidikan terdahulu turut menunjukkan bahawa pendedahan kepada bahan ini boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon, melemahkan sistem imun tubuh dan meningkatkan risiko pelbagai jenis kanser.

Walaupun kesan sebenar mikroplastik Teflon terhadap kesihatan manusia masih belum difahami sepenuhnya, para penyelidik menekankan keperluan untuk kajian lanjut kerana zarah-zarah halus ini berpotensi mencemari makanan tanpa disedari.

“Apa yang membimbangkan kami adalah kemungkinan zarah Teflon ini masuk ke dalam tubuh melalui makanan. Ia merupakan bentuk pencemaran baharu yang masih kurang dikaji dan seharusnya diberi perhatian serius,” jelas Dr Fang.

Baca juga: Petua Beras Kekal Wangi Dan Kutu Tak ‘Berkampung’, Senang Hati Bila Nak Masak!

Sumber: Independent

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×