Ramadan dan Raya tahun ini hadir dengan sentuhan istimewa menerusi kolaborasi 100PLUS x SHALS, yang menggabungkan kesegaran dan gaya untuk menemani rutin harian sepanjang musim perayaan.
Kempen ini turut dimeriahkan dengan siri TikTok Livestream bersama Pinn Yang dan Good Foodie, di mana penonton berpeluang mendapatkan inspirasi Ramadan dan Raya, selain berpeluang memenangi persalinan baju raya SHALS.

Untuk pengetahuan anda, semua sesi livestream ini akan berlangsung di platform TikTok, dengan siaran utama dibuat melalui akaun TikTok Pinn Yang. Sepanjang sesi ini, penonton boleh menyertai perbualan santai, berkongsi idea kreatif serta menyertai aktiviti menarik sepanjang Ramadan dan Raya.
Bagi mendapatkan info terkini, peringatan serta kemas kini lanjut mengenai livestream ini, orang ramai boleh mengikuti TikTok 100PLUS di @my100plus.
Antara sesi livestream yang dirancang termasuk:

-
Pinn Yang x Azfar Heri: 26 Februari 2026
-
Good Foodie Daily Livestreams: 27 Februari – 16 Mac 2026
-
Final Day Livestream (Grand Finale): 17 Mac 2026 (TBC)
Di sebalik kemeriahan Ramadan dan Raya yang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti ini, keperluan untuk menjaga tenaga dan kesegaran badan juga menjadi semakin penting.
Bukan apa, bila berpuasa dan bergerak aktif, badan kita kehilangan banyak cecair dan elektrolit melalui peluh. Dan air kosong saja selalunya tak cukup untuk pulihkan kesegaran badan sepenuhnya.
Sebab tu 100PLUS jadi pilihan yang lebih tepat untuk bantu badan rasa segar semula dari dalam, bukan sekadar hilangkan dahaga.

Kesegaran yang diperlukan badan
100PLUS ialah minuman isotonik yang membantu menggantikan:
- Cecair badan
- Elektrolit penting seperti sodium dan potassium
- Tenaga (glukosa) yang hilang sepanjang hari
Gabungan ini membantu proses hidrasi dengan lebih berkesan berbanding air biasa, sekaligus buat badan rasa lebih ringan, fokus dan segar terutama bila cuaca panas dan aktiviti tak berhenti.
Sahur pun boleh minum 100PLUS tau!
Waktu sahur, perut masih ‘half-awake’. Salah minum, boleh buat rasa kembung atau tak selesa sepanjang hari.

Jadi, air apa yang sesuai? Apa kata cuba, 100PLUS ACTIVE yang mengandungi vitamin B untuk lebih tenaga, ia juga bersifat non fizz, ringan di perut dan bantu menghidrasi tubuh sebelum berpuasa. Badan akan terasa lebih bersedia untuk hadapi hari yang panjang, tanpa rasa berat atau cepat letih.
Berbuka lebih segar dengan 100PLUS ZERO & Lemon Lime
Pernah tak anda rasa bila bulan puasa je badan selalu teringin air atau makanan manis? Tapi kalau manis sangat pun tak elok kan.
Jadi, apa kata pilih sesuatu yang menyegarkan bukan sekadar manis macam 100PLUS ZERO dan 100PLUS LEMON LIME yang tak terlalu berat dan sesuai diminum terus atau dipadankan dengan hidangan berbuka serta raya.
Sesuai juga untuk resipi ringkas berbuka puasa yang fokus pada rasa fresh dan menyenangkan perut, terutama sekali selepas seharian berpuasa.
Haa.. Dah tak sabar nak dapatkan 100PLUS ke tu? Singgah je mana-mana kedai serbaneka ataupun pasaraya berhampiran anda untuk dapatkan 100PLUS sekarang juga!
