Kadangkala, seseorang perlu menjauh seketika daripada hiruk-pikuk kehidupan untuk kembali mengenali diri sendiri. Itulah inti pati yang dibawakan menerusi drama Korea terbaharu, ‘Azure Spring’, yang mula ditayangkan di Tonton pada 10 Jun 2026.
Baca juga: The Vocket Lancar ‘Euforia Bola’, Platform Sehenti Paling Lengkap Buat Peminat Bola Sepak 2026!
AZURE SPRING TAMPIL DENGAN KISAH CINTA MENYENTUH HATI

Foto: Tonton
Drama enam episod ini mengetengahkan kisah penuh emosi tentang dua insan yang dipertemukan di sebuah pulau terpencil ketika masing-masing cuba melarikan diri daripada luka silam dan mencari semula ketenangan dalam hidup.
Azure Spring menampilkan Kim Ye-rim, atau lebih dikenali sebagai Yeri daripada kumpulan Red Velvet, sebagai Anna, seorang bekas juara renang remaja kebangsaan yang terpaksa menguburkan impiannya selepas kariernya musnah akibat kecederaan.
Dalam usaha menenangkan diri dan mencari makna baharu dalam hidup, Anna memilih untuk mengunjungi kampung halaman ibunya yang terletak di sebuah pulau jauh daripada kesibukan kota.
Di situlah hidupnya mula berubah apabila dia bertemu dengan Deokhyun, watak yang dilakonkan oleh Kang Sang-jun.
Deokhyun merupakan bekas anggota pasukan khas UDT yang memilih untuk hidup menyendiri selepas dihantui kisah silam yang sukar dilupakan.
Pertemuan mereka yang tidak dirancang akhirnya membuka lembaran baharu apabila kedua-duanya mula menjalani kehidupan sebagai haenam dan haenyeo, iaitu penyelam lelaki dan wanita yang mencari hasil laut di dasar lautan.
Latar lautan yang indah, emosi yang mendalam
Azure Spring membawa penonton menyelami kehidupan harian Anna dan Deokhyun yang dipenuhi aktiviti menyelam, mengutip hasil laut serta berkongsi rezeki daripada tangkapan mereka.
Di sebalik rutin sederhana itu, kedua-dua watak utama perlahan-lahan belajar untuk berdepan dengan luka lama, melepaskan beban yang sekian lama dipendam dan menemukan semula harapan dalam kehidupan.
Hubungan yang terjalin antara mereka bukan sekadar kisah cinta, tetapi juga perjalanan penyembuhan yang menyentuh hati.
Strim semua episod Azure Spring bermula 10 Jun di Tonton
Bagi peminat drama Korea yang gemarkan naskhah santai tetapi sarat emosi, Azure Spring mungkin antara judul yang wajar dimasukkan dalam senarai tontonan.
Drama ini akan mula distrim dengan kesemua enam episod serentak pada 10 Jun 2026, jam 12.00 tengah malam, secara eksklusif di Tonton.
Untuk maklumat yang lebih lanjut, ikuti Tonton di Facebook, X, TikTok, dan Instagram di @tontonmy.
