Euforia Bola 2026
Suami Isteri

4 Ayat Bila Asyik Disebut Boleh Jadi Punca Rezeki Sempit, Suami Isteri TOLONG Jangan Guna!

REZEKI SEMPIT

Buat pasangan suami isteri di luar sana, penulis ingin kongsikan beberapa ayat yang boleh mengakibatkan rezeki sempit. Ayat ini biasa disebut oleh ramai orang tanpa memikirkan kesannya.

Empat contoh ayat di bawah ini jangan dipandang remeh terutamanya sekali buat yang baru sahaja mendirikan rumah tangga. Jom baca!

Baca juga: Bukan Hanya Guna Kon***, Ada Lagi Cara Buat Hubungan Intim Tanpa Buat Isteri Hamil!

REZEKI SEMPIT BILA SUAMI ISTERI ASYIK ULANG AYAT INI, ELAKKAN

REZEKI SEMPIT

1. Ayat rezeki sempit – “Semua benda mahal”

Bila selalu cakap semua mahal, kita seolah-olah menetapkan bahawa hidup ini sempit dan tak mampu. Kata-kata ini boleh mencetuskan rasa takut berbelanja, kedekut dan hidup dalam kekurangan walaupun ada duit.

Gantikan dengan ayat:  “Barang ini berbaloi dengan kualiti.” atau “Kita usaha lebih sikit, insyaAllah boleh beli.”

 2. “Tak ada duit”

Seterusnya, suami isteri di luar sana dinasihatkan untuk elak ayat di atas kerana ia boleh menyebabkan rezeki sempit.

Gantikan dengan:  “InsyaAllah, ada rezeki nanti.”

3. “Penat & malas”

Walaupun rasa penat dan malas itu satu kebiasaan namun menyebutnya berulang kali boleh membuatkan minda dan badan menjadi lebih lemah.

Dalam rumah tangga, kalau suami isteri kerap ulang ayat ini, produktiviti dan semangat akan menurun.

Gantikan dengan ayat:  “Kita rehat sekejap, nanti sambung balik.” atau “Lepas ini kita buat sama-sama, mesti semangat.”

4. Rezeki sempit – “Susah lah cari duit”

Terakhir sekali, jangan biasakan diri mengulang ayat di atas kerana seolah-olah menggambarkan rezeki itu susah nak dapat, sedangkan rezeki itu luas.

Bila kita tanam dalam diri bahawa duit susah dicari pasti akan jadi berat untuk berusaha lebih atau mencuba peluang baru.

Gantikan dengan ayat: “Rezeki ada di mana-mana, kita usaha dan doa.” atau “Allah mudahkan jalan rezeki kalau kita sabar dan yakin.”

Kesimpulannya, suami isteri perlu saling mengingati untuk menjaga setiap kata-kata. Positifkan setiap ucapan kerana rezeki akan datang dengan cara yang tidak disangka-sangka.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Para Isteri, Jangan Buat 5 Tindakan Ini Dekat Suami, Allah Murka & Berdosa Besar!

Sumber: TikTok Fakta Tina

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×