Euforia Bola 2026
Suami Isteri

Jangan Ucap 5 Ayat Ini Pada Suami, Nampak Biasa Tapi Boleh Lukakan Hati & Gugat Hubungan

berbual dengan suami

Dalam perkahwinan, komunikasi antarasa pasangan memainkan peranan penting terutama sekali ketika berbual dengan suami. Kadang-kadang, kita tidak berniat untuk menyakiti hati pasangan, tetapi kata-kata yang diucapkan ketika marah atau kecewa boleh meninggalkan kesan yang mendalam.

Baca juga: Isteri Luah 9 Tahun Kahwin Baru Dapat ‘Me Time’ Tapi Kecewa Suami Marah Beli Barang RM90 Di Kedai RM2

BERBUAL DENGAN SUAMI, JANGAN TERCAKAP 5 AYAT INI

BERBUAL DENGAN SUAMI

Freepik

Berikut lima ayat perlu dielakkan ketika berbual dengan suami yang nampak biasa tetapi sebenarnya boleh membuatkan pasangan terasa, malah boleh menjejaskan hubungan jika sering diulang:

1. “Awak ni tak pernah betul”

Ayat ini nampak mudah, tapi kesannya besar. Apabila isteri mengucapkannya, ia seperti menafikan segala usaha dan pendapat suami. Tiada siapa suka dilabel sebagai ‘tak pernah betul’, lebih-lebih lagi lelaki yang secara semula jadi mahu merasa dihargai dan dihormati.

Jika ingin menegur, gunakan pendekatan lebih lembut dan teguran yang berlapik akan lebih mudah diterima tanpa menimbulkan rasa tercabar.

2. “Saya buat semua sorang-sorang”

Ayat ini sering keluar ketika isteri penat dan rasa tidak dihargai. Namun, jika diucap dengan nada menyindir, ia boleh membuatkan suami rasa tidak berguna.

Sebaliknya, cuba nyatakan dengan jujur tapi tenang, cara ini bukan sahaja menunjukkan keperluan sebenar, tetapi juga menggalakkan kerjasama tanpa mencetuskan pertengkaran.

3. “Awak memang tak faham saya”

Ini antara ayat paling menyedihkan bagi suami. Ia seolah-olah memberi mesej bahawa dia gagal memahami isteri sebagai pasangan hidupnya. Hakikatnya, lelaki dan wanita memang berbeza dalam cara berfikir dan menunjukkan kasih sayang.

Daripada menuduh, lebih baik jelaskan apa yang sebenarnya diharapkan agar dengan cara ini, komunikasi jadi lebih terbuka dan saling memahami.

BERBUAL DENGAN SUAMI

4. “Tengok suami orang lain tu…”

Bila isteri membandingkan suami dengan orang lain, ia bukan sahaja menjatuhkan harga diri suami, tetapi juga boleh menimbulkan rasa kecil hati dan marah. Setiap perkahwinan berbeza, ada yang mampu lebih, ada yang memberi dengan cara tersendiri.

Jika ada sesuatu yang diinginkan daripada suami, nyatakan terus tanpa membandingkan. Misalnya, “Saya suka kalau awak pun boleh luangkan masa macam tu dengan saya,” jauh lebih baik daripada menyebut nama orang lain sebagai contoh.

5. “Biarlah, tak payahlah!” (dengan nada marah)

Walaupun ringkas, ayat ini sering menjadi punca pergaduhan kecil yang berlarutan. Nada marah membuatkan suami berasa tidak dihormati, apatah lagi jika diucapkan ketika dia cuba membantu atau memberi pandangan.

Jadi apabila berbual dengan suami ketika marah atau kecewa, cuba tarik nafas dan fikir dulu kesannya. Kata-kata boleh jadi doa, tetapi dalam perkahwinan, ia juga boleh jadi racun.

Baca juga: Nikah Sejak 1998 & 27 Tahun Belum Dikurniakan Zuriat, Terharu Baca Komen Warganet – “Assalamualaikum Ibu Ayah”

Sumber: Lemon8

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×