Resipi ayam gunting mudah perkongsian seorang ibu di media sosial mencuri perhatian ramai apabila hidangan ringkas itu habis licin dan jadi kegemaran kanak-kanak dalam satu majlis jamuan sekolah KAFA.
Perkongsian yang dibuat oleh Miza Salleh ini membuktikan menu viral ala gerai boleh dibuat sendiri di rumah dengan kos yang sangat berpatutan.
RESIPI AYAM GUNTING MUDAH BERMODALKAN KURANG RM30

Gambar Miza Salleh.
Menurut Miza, dia menyediakan ayam gunting menggunakan 2 kilogram isi ayam untuk jamuan KAFA anak keduanya.
Menariknya, modal keseluruhan tidak sampai RM30, namun hasilnya sangat memuaskan sehingga anaknya memberitahu ayam gunting buatan ibunya habis paling awal berbanding menu lain.
“Balik KAFA, anak bagitahu ayam gunting mami habis nombor satu,” kongsi Miza dalam hantarannya yang kini mendapat 8.1 ribu perkongsian, khususnya ibu bapa yang mencari idea menu mudah tetapi mengenyangkan untuk majlis sekolah atau jamuan kecil.
Baca juga: Patutlah Tomyam Seafood Negara Gajah Putih Lebih Sedap, Kena Tumis Dulu Baru Kuah Pun ‘Kick’!
Bahan-bahan:
- isi ayam (dada ayam)
- serbuk lada putih ajishio setengah peket
- setengah kg tepung ubi kayu
- serbuk cili kalau nak pedas
- lada hitam kasar

Gambar hiasan Cheteq Faeazah.
Cara penyediaan:
- Isi ayam potong nipis.
- Perap ayam dengan lada hitam kasar, serbuk lada putih.
- Tepung ubi tu campur dengan lada putih ajishio dan gaulkan ayam dengan tepung tadi.
- Goreng sampai keperangan.
- Gunting, taburkan serbuk cili dan hidangkan.
Hasilnya, ayam gunting rangup di luar dan lembut di dalam, sesuai dinikmati panas-panas.
Menurut Miza, resipi ini sangat fleksibel dan boleh diubah suai mengikut kuantiti ayam yang digunakan. Jika ayam lebih sedikit atau lebih banyak, sukatan bahan boleh dilaraskan sendiri tanpa menjejaskan rasa.
Selamat mencuba!
Baca juga: Resipi Kerabu Jantung Pisang Viral, Rasa Kampung Paling Padu & Sedap Sampai Anak Pun Puji!
Sumber: Miza Salleh
FT Image: Miza Salleh
