Euforia Bola 2026
Nur

“Bapa Juga Boleh Derhaka?”- Ini Teguran Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri Tentang ‘Dosa’ Ibu Bapa Kepada Anak

AYAH DERHAKA

Ayah derhaka mungkin kedengaran seperti sesuatu yang jarang dibincangkan, namun hakikatnya Islam turut mengingatkan bahawa ibu bapa mempunyai tanggungjawab yang wajib ditunaikan terhadap anak-anak.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menjelaskan bahawa seorang ayah juga boleh dianggap mengabaikan amanah sekiranya tidak memenuhi hak anak.

Baca juga: “Surau Bukan Tempat Buang Sampah”– Pengguna Threads Tegur Sikap Tinggalkan Makeup Wipes Selepas Guna

AYAH DERHAKA KEPADA ANAK, INI PERINGAT DR ZULKIFLI

AYAH DERHAKA

Menurut Dr Zulkifli, terdapat sebuah kisah yang diriwayatkan mengenai Saidina Umar al-Khattab RA apabila seorang lelaki datang mengadu tentang anaknya yang dikatakan derhaka.

Saidina Umar kemudian memanggil anak tersebut dan bertanya mengapa dia menderhakai bapanya. Namun, anak itu membalas dengan bertanya sama ada seorang anak juga mempunyai hak ke atas bapanya.

Apabila Saidina Umar menjawab “Ya”

Beliau menjelaskan bahawa antara hak anak ialah diberikan nama yang baik, dipilihkan ibu yang baik serta diajarkan al-Quran. Anak itu kemudian memaklumkan bahawa bapanya tidak menunaikan ketiga-tiga tanggungjawab tersebut.

AYAH DERHAKA

Menurut kisah itu, ibunya merupakan seorang hamba milik seorang Majusi dan bapanya turut memberikan nama yang membawa maksud kurang baik.

Umar al-Khattab tegur si ayah

AYAH DERHAKA

Mendengar penjelasan itu, Saidina Umar al-Khattab RA kemudian menegur lelaki tersebut dengan kata-kata yang menjadi pengajaran sehingga hari ini.

“Engkau datang kepadaku mengadu anakmu derhaka, sedangkan engkau telah terlebih dahulu menderhakainya sebelum dia menderhaka kepadamu.”

Dr Zulkifli berkata, kisah tersebut menjadi peringatan bahawa ibu bapa bukan sahaja mempunyai hak untuk dihormati, malah mereka juga mempunyai tanggungjawab yang perlu ditunaikan terhadap anak-anak.

Tambah beliau, anak yang soleh tidak lahir secara kebetulan, sebaliknya dibentuk melalui didikan, kasih sayang dan tanggungjawab ibu bapa sejak awal.

Justeru, sebelum mengharapkan anak membalas jasa dan berbakti apabila dewasa kelak, ibu bapa seharusnya terlebih dahulu bermuhasabah sama ada mereka telah menunaikan hak anak-anak yang diamanahkan oleh Allah SWT.

Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian ramai yang bersetuju bahawa hubungan antara ibu bapa dan anak perlu dibina atas dasar saling menunaikan hak serta tanggungjawab masing-masing.

Baca juga: Belum Dapat Giliran Haji? Wanita Ini Kongsi Cara Buat Rayuan PJH & Pengalamannya Berjaya Tunai Haji

Sumber: Threads Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×