Euforia Bola 2026
Cantik

5 Petua Awet Muda Cara Islam, Wajah Tetap Cantik Meski Usia Meningkat!

awet muda cara Islam

Selain menggunakan produk kecantikan moden dan tradisional, terdapat lima petua awet muda cara Islam yang boleh diamalkan untuk mengekalkan keindahan wajah biarpun dimamah usia. Di mana, kombinasi penjagaan wajah serta amalan yang dianjurkan dalam Islam juga menjadikan rutin penjagaan kecantikan jadi lebih baik.

Namun, perlu diingatkan juga kecantikan bukan hanya terserlah di wajah sahaja, hati yang bersih dan ikhlas juga mampu memancarkan seri wajah secara semula jadi. Justeru itu, mari lihat petua awet muda cara Islam di bawah!

Baca juga: Scrub 2 Bahan Efek Natural ‘Glowing’ & Licin Macam Orang Arab, Kini Bukan Rahsia!

AWET MUDA CARA ISLAM

awet muda cara Islam

Gambar: iStock

1. Amalan sebelum mandi dan berus gigi

Urut wajah dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi dengan diiringi selawat Nabi sebanyak tiga kali. Lakukan setiap hari petua awet muda cara Islam ini, sebelum anda mandi dan memberus gigi.

2. Amalan memotong kuku

Petua awet muda cara Islam yang seterusnya ialah amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yang baik. Antaranya, pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, anda juga boleh amalkan menanam kuku atau rambut yang dipotong atau gugur.

Baca juga: 7 Cara Hilangkan Kelemumur Dengan Bahan Semula Jadi, Baru Tak Ada ‘Salji’ Atas Bahu!

3. Amalan semasa berdandan

Setiap pagi semasa anda berdandan, baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke bahagian wajah berserta niat dalam hati. Anda boleh berniat dengan diindahkan wajah seperti Nabi Yusuf.

4. Amalan tampak muda daripada usia sebenar

Setiap kali selepas solat Subuh, anda boleh membaca surah Yusuf dan diikuti dengan meminum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. Amalkan petua awet muda cara Islam ini dengan jujur dan ikhlas, agar wajah tampak muda daripada usia yang sebenar.

5. Amalan ketika mandi

Setiap kali hendak mandi, baca dalam hati surah Al-Waqiah ayat 35-38 pada curahan pertama dan mulakan dari kepala.

Baca juga: Petua Licinkan Pipi Wajah Dari Parut Jerawat Hitam, Guna 3 Bahan Hebat Ini!

Sumber: Kashoorga

FT Image: freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×