Euforia Bola 2026
Asuh

Pening Bila Cium Anak Balik Sekolah Bau Hanyir Telur? Ibu-Ibu Kongsi Petua Untuk Kekal Wangi Seharian!

BADAN ANAK BAU TELUR

Masalah badan anak bau telur menjadi keluhan dalam kalangan ibu bapa, terutama apabila anak pulang dari sekolah dengan bau yang kurang menyenangkan.

Walaupun kedengaran lucu, isu ini sebenarnya biasa berlaku disebabkan peluh, pengumpulan daki dan penjagaan kebersihan diri yang tidak sempurna.

Baca juga: Minuman Dark Chocolate Bantu Tingkatkan Fokus & Prestasi Anak Ketika Musim Peperiksaan

BADAN ANAK BAU TELUR BILA BALIK SEKOLAH, IBU CUBA PETUA INI

BADAN ANAK BAU TELUR

Baru-baru ini, satu perkongsian di media sosial menarik perhatian ramai apabila seorang ibu bertanya tentang petua menghilangkan bau badan anak selepas sekolah. Pelbagai respons dan pengalaman dikongsikan oleh ibu-ibu lain yang pernah berdepan situasi sama.

Antara saranan yang diberikan termasuklah tidak membiarkan anak mandi sendiri, terutama bagi anak-anak yang masih di sekolah rendah.

“Jangan biar anak mandi sendiri. Kita kena sental betul-betul daki di belakang badan, kaki, leher dan syampu rambut lebih lama. Kalau buat setiap hari, insya-Allah bau tu akan berkurang,” ujarnya.

Selain itu, ibu-ibu turut berkongsi tip penggunaan sabun yang sesuai. Ada yang mengakui selepas menukar sabun daripada jenis kanak-kanak kepada sabun dewasa seperti Fruitale hijau, bau badan anak semakin berkurangan dan kekal segar hingga ke petang.

“Dulu anak saya guna sabun kanak-kanak, setiap hari bau telur. Lepas tukar sabun Fruitale hijau, bau terus hilang. Sekolah dari pagi sampai petang pun masih wangi,” katanya.

Dalam pada itu, ada juga yang mencadangkan penggunaan deodoran khas untuk kanak-kanak atau bahan semula jadi seperti tawas. Deodoran semula jadi kini banyak dijual di pasaran dan sesuai untuk kulit sensitif.

“Saya sapu tawas serbuk yang dibancuh dengan air, kemudian letak pada kepala, tengkuk dan ketiak anak. Akhir sekali sapu sedikit minyak kasturi di ubun-ubun. Bau telur terus hilang,” kongsi seorang pengguna lain.

Bagi mereka yang mahukan alternatif lebih moden, penggunaan body mist atau perfume ringan pada pakaian juga boleh membantu.

Letakkan sedikit pada kolar baju dan lencana sekolah agar anak kekal segar walaupun aktif di sekolah sepanjang hari.

Kesimpulannya, masalah badan anak bau telur bukanlah sesuatu yang luar biasa tetapi boleh diatasi dengan penjagaan kebersihan harian yang betul serta pemilihan produk sesuai dengan kulit anak.

Ibu bapa perlu memainkan peranan aktif dalam membantu anak belajar cara mandi dan menjaga kebersihan diri dengan betul sejak kecil.

Baca juga: Kes Autisme Makin Meningkat Tapi Bukan Fenomena Baharu, Rasulullah Ada Sebut Dalam Hadis…

Sumber: Threads

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×