Euforia Bola 2026
Didik

ASNB Bijak: Langkah Awal Untuk Masa Depan Anak

ASNB Bijak

Pernah tak satu malam, anda tengok anak tidur… dan tiba-tiba rasa risau tentang masa depan mereka?

Kadang-kadang sebagai ibu bapa, bukan tak yakin dengan apa yang ada sebaliknya, kita sedar dunia sekarang makin mencabar. Kos pelajaran meningkat. Keperluan makin banyak. Dan sebagai ibu bapa, kita cuma ada mahukan yang terbaik untuk mereka.

Bukan apa, setidak-tidaknya jika terjadi sesuatu, kita dah tak panik dan ada jalan keluar.

Sebab itu sebagai ibu bapa, anda kena tahu tentang inisiatif terkini daripada Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) iaitu ASNB Bijak,  satu program yang direka khusus untuk pelabur cilik membina asas kewangan sejak awal usia kelahiran.

Pelaburan dengan langkah kecil

ASNB Bijak

ASNB Bijak membantu anda sebagai ibu bapa dan penjaga memulakan perjalanan kewangan anak-anak melalui pelaburan unit amanah seperti:

  1. Siri Amanah Saham Bumiputera (ASB, ASB 2 & ASB 3 Didik)
  2. Siri Amanah Saham Malaysia (ASM, ASM 2 & ASM 3)
  3. Siri Amanah Saham Nasional (dana harga berubah)

Apa yang menarik, ia memberi potensi pertumbuhan jangka panjang dan kita semua tahu, bila melibatkan tempoh yang lama, walaupun simpan sedikit demi sedikit, hasilnya boleh jadi banyak. Bak kata pepatah dulu-dulu, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.

Apa yang penting konsisten dan mula dari awal.

Umur berapa je layak sertai ASNB Bijak?

Jika anda tertanya-tanya siapa yang layak buka akaun ASNB Bijak, jawapannya ialah… semua kanak-kanak warganegara Malaysia berumur 17 tahun dan ke bawah boleh menyertai ASNB Bijak. Yang penting kenalah buka akaun di ASNB.

Bagi pelabur minor sedia ada secara automatik akan menjadi sebahagian daripada program ini. Best kan?

Bila menabung jadi aktiviti menyeronokkan

Konsep pelaburan ASNB Bijak ni lain daripada yang lain sebab ia melibatkan anak-anak secara langsung. Ada macam-macam kempen dan aktiviti dibawah inisiatif ini seperti welcome kit, kempen dengan hadiah menarik dan aktiviti menarik untuk anak-anak

Bukan itu sahaja, anak-anak juga boleh dapat hadiah eksklusif Along Bijak bila simpan duit dengan ASNB.

ASNB Bijak

Simpan duit anak-anak dan berpeluang tebus hadiah di kaunter ASNB berdekatan.

Nampak sederhana, tapi bagi anak-anak, benda begini sangat bermakna. Ia buat mereka rasa bersemangat untuk menyimpan kerana ada hadiah yang menanti mereka.

Walau bagaimanapun, hadiah ini terhad tau. Sementara stok masih ada.

ASNB Bijak

Jadi, bila dah tahu tentang ASNB Bijak ni, boleh la bawa anak buka akaun dan mula menyimpan sebab ada banyak lagi perkara-perkara menarik yang ASNB Bijak dah rancang untuk anak-anak anda.

Berikut min kongsikan cara untuk buka akaun anak anda:

Langkah 1:

  • Sediakan Sijil kelahiran/ myKid
  • Sediakan myKad ibu/ bapa/ penjaga

Langkah 2:

  • Kunjungi cawangan atau ejen ASNB

Langkah 3

  • Mulakan pelaburan dengan serendah RM10

Lepas dah ada akaun, semuanya di hujung jari sahaja. Dengan aplikasi myASNB, ibu bapa boleh tambah pelaburan dan pantau akaun anak dengan mudah.

Tak perlu tunggu hujung bulan. Tak perlu simpan resit bertimbun.

Semuanya lebih teratur dan lebih tenang.

Jom melabur dengan ASNB Bijak! Semoga urusan anak-anak kita kelak jadi lebih mudah asbab tindakan bijak kita.

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×