Euforia Bola 2026
Dapur

Produk ASGG Gluta Genc Glow Gummies Dilarang Jual & Iklan, KKM Sahkan Ada Bahan Aktif Tidak Dibenarkan

ASGG Gluta Genc Glow Gummies

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menegaskan larangan penjualan dan pengiklanan ASGG Gluta Genc Glow Gummies selepas produk makanan itu didapati tidak mematuhi Akta Makanan 1983 dan mengandungi bahan aktif yang tidak dibenarkan.

Menurut kenyataan KKM, produk tersebut dikesan mengandungi Glutathione, iaitu bahan yang tidak tersenarai di bawah Daftar 1, Jadual Ke-12, Peraturan 26, Peraturan-Peraturan Makanan (PPM) 1985 sebagai nutrien yang dibenarkan untuk ditambah dalam makanan.

Baca juga: 9 Makanan Perlu Elak Jika Selalu Alami Perut Berangin & Gastrik, Wanita Ini Dedah Rahsia

KKM LARANG PENJUALAN ASGG GLUTA GENC GLOW GUMMIES!

ASGG Gluta Genc Glow Gummies

KKM menjelaskan bahawa keselamatan produk makanan di pasaran sentiasa dipantau bagi memastikan ia selamat untuk pengguna.

“Mana-mana produk yang mengandungi Glutathione hendaklah berdaftar dengan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) sebagai produk farmaseutikal, dan bukan sebagai produk makanan),” menurut kenyataan itu, pada Ahad baru ini.

Kenyataan sama turut menegaskan bahawa produk dengan kandungan Glutathione tidak boleh dikategorikan sebagai makanan dan perlu melalui pendaftaran NPRA sebelum dipasarkan.

Sehubungan itu, produk tersebut tidak boleh dijual dan tidak boleh diiklankan, termasuk melalui platform e-dagang.

Menurut KKM, sehingga 10 November lalu, sebanyak 121 permohonan sekatan pengiklanan telah dikemukakan kepada penyedia platform e-dagang berkaitan produk tersebut.

Di bawah Seksyen 13B(2)(d) Akta Makanan 1983, menjadi satu kesalahan sekiranya mana-mana pihak mengadukkan makanan dengan bahan yang tidak dibenarkan oleh akta atau peraturan di bawahnya.

Jika disabitkan, individu atau syarikat boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 atau penjara maksimum 10 tahun, atau kedua-duanya sekali.

Baca juga: Kerana Kurap Badan Merenyam Tak Boleh Kawal, Sapu 5 Bahan Semula Jadi Ini Pada Kulit Terus Baik!

KKM turut mengingatkan semua peniaga, termasuk peniaga atas talian yang masih menyimpan stok agar menghentikan penjualan serta-merta dan menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) terdekat untuk tujuan penyitaan.

Platform pengiklanan seperti e-dagang dan media sosial juga wajib menghentikan penyiaran iklan produk ini serta-merta.

Orang ramai yang sedang menggunakan ASGG Gluta Genc Glow Gummies dinasihatkan untuk menghentikan penggunaannya dengan segera dan mendapatkan nasihat atau rawatan daripada profesional kesihatan.

“Pengguna diingatkan supaya berhati-hati dan memastikan produk makanan yang dibeli tidak dicampur bahan yang tidak dibenarkan,” katanya.

Sebarang aduan atau pertanyaan berkaitan keselamatan makanan boleh disalurkan melalui PKD, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) atau dilaporkan melalui Portal SISPAA serta Facebook rasmi Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM).

Baca juga: Buah Oren Mujarab Rawat Batuk Berpanjangan, Minum 2 Kali Sehari Bangun Esoknya Rasa Lega Tekak!

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM

FT Image: Facebook

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×