Euforia Bola 2026
Famili

Dikecam Sebab Tayang Kasut Sukan ‘Fake’, Adik Ini Akhirnya Dapat Yang Original! Rezeki Tak Disangka…

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai kanak-kanak lelaki bernama Arman yang difahamkan menerima hadiah kasut sukan tiruan daripada ibunya. Konten yang dimuat naik di media sosial sebagai kenangan itu menerima tomahan daripada warganet.

Baca juga: Harga Sayur Dijangka Naik 3 Kali Ganda Pada Bulan November & Disember

KENA KECAM SEBAB KASUT SUKAN TIRUAN, DAH DAPAT YANG ORIGINAL

KASUT SUKAN TIRUAN

Sebagai seorang anak, sudah pastinya teruja apabila menerima hadiah daripada ibu tersayang. Namun, kegembiraannya terhenti di situ kerana rata-rata pengguna media sosial meninggalkan komen negatif.

Si ibu akhirnya tampil dan memaklumkan bahawa kasut yang dibeli itu berharga RM80. Hanya sebanyak itu sahaja mampu dibeli kerana mahu memenuhi permintaan anak lelakinya.

Komen negatif yang diterima oleh Adik Arman membuatkan ramai pihak turut bersimpati dengan dirinya. Menjengah ke TikTok milik stesen radio Era FM, pihak mereka menghadiahkan sepasang kasut sukan ‘original’ untuk Arman.

Menerusi video berdurasi kurang dua minit itu, dapat dilihat keterujaan Arman membuka kotak kasut berwarna oren untuk melihat kasutnya.

Penyampai radio, Nabil Ahmad dan rakan lain sempat memberi pesanan kepada Adik Arman agar menghargai pemberian ibu dan tidak membuang kasut tersebut. Mereka turut menasihati Arman supaya menggunakan kasut tersebut dengan niat yang betul.

“Arman ingat tau kalau nak lari guna kasut ini boleh, tapi jangan sampai lari rumah pula. Bila dah dapat kasut baru, kasut lama yang awak dapat hadiah daripada ibu itu simpan tau, hargai pemberian daripada ibu awak. 

“Kalau tak pun awak ikut macam uncle Nabil dengan Uncle Pak Azad cakap, sebelah guna yang mak bagi, sebelah lagi guna yang baru,” jelasnya.

Posting di TikTok itu sudah pastinya dibanjiri komen warganet yang rata-rata turut terharu melihat keterujaan dan keikhlasan Adik Arman ketika mendapat kasut baharu itu.

“Rezeki awak dik. Yang mengutuk dulu tu biarkan sahaja,” katanya.

Baca juga: “Bagi Online, Baru Ada Bukti” – Syamsul Debat Pesan Jangan Beri Nafkah Cash, Bila Bergaduh Susah!

Sumber: TikTok Era Je

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×